www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Saya tak ada musuh - Salahuddin

0 month ago, 06-Dec-2018




KUALA LUMPUR: Saya rasa saya tak ada musuh.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub, berkata demikian ketika mengulas mengenai nota ugutan bunuh terhadapnya bersama bangkai lembu yang diletak di depan pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Muar, Ahad lalu.

Loading...

Nota ugutan mengandungi namanya itu antara lain menyebut lembu aku mati kemalangan, engkau aku bunuh, engkau tak ada otak yang ditulis dengan warna merah.


Salahuddin yang pertama kali menerima ugutan bunuh, mulanya beranggapan notis ugutan itu hanya main-main, terutama selepas melihat bangkai lembu berkenaan dipakaikan baju merah dengan logo PKR.
Bagaimanapun, beliau menyedari ugutan itu sebagai perkara serius selepas polis memaklumkan ia membabitkan kes ugut bunuh terhadap seorang menteri.
Paling penting, saya nak tahu apa motif sebenar sebab saya rasa saya tak ada musuh, saya tak bergaduh dengan orang dan saya tak pernah menimbulkan pergaduhan tetapi tiba-tiba menerima ugutan sebegini.
Semalam keterangan saya diambil oleh polis di Muar dan diberitahu suspek sudah direman.
Saya tak boleh komen lanjut dan serahkan kepada polis untuk membuat siasatan, katanya sambil mengakui tidak mengenali suspek yang juga penduduk tempatan.
Beliau ditemui pemberita di Lobi Parlimen, hari ini.
Semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim dilaporkan berkata, lelaki yang membuat ugutan itu direman hingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
Kamaluddin turut dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati suspek tidak berpuas hati apabila permohonannya meminta bantuan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ditolak.
Ditanya mengenai penolakan bantuan itu, Salahuddin mengakui menerima banyak permohonan setiap kali pulang ke Simpang Jeram, namun tidak pasti sama ada pernah menolak permohonan suspek.

Ditanya sama ada beliau takut dan lebih berhati-hati susulan ugutan bunuh itu, Salahuddin menegaskan masih boleh bertugas seperti biasa.
Saya hidup macam biasa sahajalah, ada seorang pegawai pengiring. Tidak rasa takut atau trauma, masih boleh bercakap, bertugas macam biasa tak ada cuti rehat, termenung pun tidak, katanya. 
-Berita Harian


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts