EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Muslimat Pertingkat Kemahiran Petugas Media Baru

0 month ago, 17-Sep-2020

Oleh : Nooreni Abu Bakar

KUALA TERENGGANU Muslimat PAS Terengganu mengorak langkah memperkemas petugas di media baru sejajar situasi masa kini.

Ketuanya, To Puan Hajah Zarani Othman berkata pihaknya ingin melahirkan muslimat berkualiti berperanan di medan media maya.

Katanya, platform tersebut sebagai tumpuan maklumat kepada kepada rakyat negara ini.

Kita( Muslimat Terengganu) sedar media sosial adalah medan dakwah kita untuk menarik sasaran dakwah kita, ujarnya.

Zarani berkata demikian ketika majlis penutup Bengkel Media Berkesan di sini 13 September.

Beliau turut mengajak muslimat untuk melakukan anjakan paradigma dengan memandang ke hadapan di dalam melahirkan kepimpinan berkualiti.

Muslimat mestilah sentiasa peka dengan isu-isu negara dan global, bukan sahaja tertumpu kepada isu-isu dalaman sahaja, jelasnya lagi.


Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...