EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Azmi Muslim Tak Mahu Pulau Pinang Sekadar Jadi Pasukan Pelengkap Liga Super 2021

0 month ago, 20-Nov-2020

Ketua pasukan Pulau Pinang, Azmi Muslim tidak mahu lagi skuad Harimau Kumbang sekadar menjadi pasukan pelengkap dalam pentas CIMB Liga Super pada musim depan dan yakin mereka memiliki kualiti untuk memberikan saingan kepada semua pencabar lain di pentas tertinggi saingan Liga Malaysia.

Malah, dia berasakan kejayaan menjulang trofi Liga Premier musim 2020 umpama langkah pertama buat Pulau Pinang dalam mengembalikan zaman kegemilangan pasukan itu yang cukup gah di persada bola sepak tempatan terutama pada era 70-an dan 90-an.

Dibekalkan ramai pemain muda berpotensi, Azmi berasakan skuad itu mungkin hanya memerlukan beberapa penambahan pemain berkualiti dan berpengalaman bagi menambahkan lagi pilihan pemain di segenap posisi.

Semua orang tahu perbezaan permainan CIMB Liga Super dan Liga Premier namun saya dapat berasakan pemain-pemain Pulau Pinang ada kualiti CIMB Liga Super kerana kami banyak mengadakan aksi persahabatan dengan pasukan dari CIMB Liga Super sebelum ini, jurang itu tidak terlalu jauh.

Namun saya rasa pengurusan pasti ada misi tersendiri memandangkan aksi di CIMB Liga Super lebih kompetitif serta memerlukan pilihan berkualiti yang lebih ramai, maka mungkin mereka akan mendapatkan pemain baharu menguatkan pasukan.

Cuma saya dapat rasakan musim 2020 ibarat permulaan buat Pulau Pinang dalam menempa nama kembali seperti mana yang ramai ketahui di era-era sebelum ini, iaitu Pulau Pinang cukup gah dalam saingan liga tempatan, katanya.

Kali terakhir Pulau Pinang berada di saingan Liga Premier ialah pada musim 2017 selepas dua musim bersaing di Liga Super.

Sebelum itu, Pulau Pinang pernah tersingkir ke Liga Premier pada 2011 sekali gus menamatkan rekod cemerlang 18 tahun tidak pernah jatuh ke Liga Premier / Divisyen Dua.

Sementara itu, Azmi masih mahu kekal menabur bakti bersama Pulau Pinang biarpun usianya bakal menginjak ke 35 tahun pada musim depan kerana berasakan dirinya masih mampu menawarkan sesuatu kepada pasukan.

Dia juga mengakui sebenarnya tidak puas membantu Pulau Pinang sepanjang musim ini walaupun berjaya membawa kejuaraan Liga Premier kerana hanya berkesempatan bermain dalam 11 perlawanan.

Benda ini bagi merupakan rezeki, selagi saya mampu berlari dan bermain serta pasukan masih mahukan khidmat saya, saya akan terus bermain dan belum tentu Pulau Pinang adalah yang terakhir.

Ada satu perkara yang buat saya ralat iaitu tidak puas membantu pasukan kerana liga pada musim ini begitu pendek dan sumbangan yang saya dapat berikan tidaklah terlalu banyak.

Harap musim depan segalanya akan berjalan lancar dan masih ada ruang buat saya untuk terus bermain dengan Pulau Pinang bagi terus melakar kejayaan, katanya.

Kredit featured image: FA Penang

Baca artikel lain dari kami mengenai Azmi Muslim:

Azmi Muslim: Komitmen Tinggi Jadikan Indra Putra Pemain Yang Istimewa

Azmi Muslim: Jangan Leka Dengan Permulaan Baik

Azmi Muslim: Kalau Ikutkan Tak Mahu Pun Sertai Pemilihan MyTeam



SUMBER : semuanyabola.com



Live Website Traffic


loading...