EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Murtad dosa individu dengan Tuhan pandangan sesat - Harussani

8 month ago, 14-Jan-2020



Pandangan bekas kumpulan penjawat awam kanan G25 bahawa keputusan seorang Islam keluar agamanya merupakan dosa antara individu itu dengan Tuhan sebagai pandangan yang sesat dan menyesatkan.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, pandangan itu disebabkan  terpengaruh dengan slogan kebebasan yang dicanangkan oleh golongan liberal di dunia barat.

Menurutnya, setelah beliau meneliti kertas kajian G25, 'Administration of Matters Pertaining to Islam', didapati kandungannya sangat tidak munasabah dan dangkal.

"Sangat menyedihkan kumpulan ini menganggap murtad iaitu keluar dari Islam merupakan kesalahan atau dosa antara individu dengan Tuhan sahaja dan kerajaan hendaklah memberikan kebebasan kepada umat Islam untuk murtad.


"Saya menegaskan bahawa pandangan golongan liberalis seperti G25 adalah bercanggah dengan pendapat jumhur ulama dan Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam kenyataan dalam laman Facebook Jabatan Mufti Negeri Perak hari ini.

Menurut Harussani, Khalifah Abu Bakar As-Siddiq walaupun terkenal dengan kelembutan beliau tetapi tetap tegas dalam menangani golongan murtad.

"Ini jelas menunjukkan jenayah murtad adalah satu perkara yang serius dan kerajaan bertanggungjawab mengawal gejala ini," katanya.

Menurut Harussani, antara fakta sejarah yang disalahfahami oleh kumpulan G25 ialah berkenaan undang-undang Islam antara negeri-negeri yang dilihat tidak seragam kerana setiap negeri mempunyai adat resam dan budaya yang berbeza-beza.

Beliau berkata, kedatangan Islam meraikan adat dan budaya masing-masing selagi tidak bercanggah dengan syarak.

"Sekiranya didapati bercanggah, maka Islam membetulkan mengikut prinsip syarak dan memberi alternatif yang lebih harmoni dan rahmah, inilah keistimewaan yang ada pada Islam yang begitu meraikan," katanya.

G25 baru-baru ini mengkritik undang-undang murtad, mengatakan keputusan seorang Islam untuk keluarga agamanya antara individu itu dengan Tuhan.

Memetik kertas Administration of Matters Pertaining to Islam, kumpulan itu berkata, undang-undang negeri menghukum murtad, sama ada dengan denda, pemenjaraan atau pemulihan, tidak konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama.



SUMBER : penangkini.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...