EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Kami Juri Mungkin Trkasar, Namun Pemergianmu Ini Lah Ahmad Titip Doa Buat Sandra

0 month ago, 11-Sep-2020

Juri jemputan Big Stage 2020 untuk konsert ketiga, Lah Ahmad antara insan seni yang menitipkan doa buat Allahyarmah Sandar Diane atas pemergiiannya awal pagi tadi.

Perkara itu dikongsi menerusi satu posting di Instagram, hari ini.

Salam takziah buat keluarga dan kenalan Sandra Diane.

Semoga dihimpun bersama para solihin. Semoga diampunkan segala dosa dan dilimpahkan rahmat Allah ke atas r0hnya.

Allah menyayangimu wahai insan yang bernama Sandra Diane, katanya.

Tambahnya, pemergian ini juga sebagai tanda peringatan buat semua bahawa kita akan kembali pada pencipta suatu hari nanti.

Saya menjadi juri di Big Stage atas dasar memberi tunjuk ajar. Walaupun kami sebagai juri mungkin terkasar, atau salah kata tapi pemergianmu di malam jumaat ini pastinya adalah atas jemputan Yang Maha Kuasa.

Ya Rahman ya Rahim. Kemenangan buatmu dan keamanan adalah pasti, tenter4mlah di sana.

Buat kami yang masih hidup belum tentu lagi. Ampunkan kami Ya Allah. Semoga kita sentiasa dalam peringatan dan jagaan Allah, katanya.

Untuk rekod, Lah Ahmad diundang sebagai juri jemputan disamping Ajai, Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir sebagai juri tetap bagi konsert ketiga Big Stage.

Menerusi konsert berkenaan, Lah sempat memberikan nasihat dan tunjuk ajar ketika persembahan Sandra.

Untuk makluman, Sandra Dianne telah menghembuskan nafasnya yang terakhir awal pagi tadi setelah lima hari bertarung nyawa akibat kem4langan.

Pemergian itu dilaporkan menerusi laman sosial Instagram rakan seperjuangannya, Usop yang memaklumkan tentang berita duka itu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook@Teh Tarik Kaw

: GEMPAK


SUMBER : tehtarikkaw.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...