www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Ini mungkin rekaan Google Pixel 4 dan Pixel 4 XL

0 month ago, 16-May-2019


Beberapa bulan sahaja lagi kita bakal diperkenalkan dengan siri Google Pixel baharu iaitu Google Pixel 4 dan Pixel 4XL. Tahun ini kita dapat lihat Google secara serius terhadap pengeluaran peranti.

Baru saja suku tahun kedua, ura-ura tentang siri Pixel 4 sudah tersebar. Menerusi gambar yang tersebar, Pixel 4 dilihat masih mengekalkan satu kamera utama dan rekaan skrin yang penuh bersama satu lubang kamera hadapan.

Pixel 4 XL pula dilengkapi dengan dwi-kamera utama dan dwi-kamera pada bahagian hadapan seperti Samsung Galaxy S10+. Jika benar, secara tak langsung Pixel 4 XL adalah peranti Pixel pertama yang menggunakan dwi-kamera.

Jika anda sudah biasa dengan Pixel, anda mungkin sudah tahu kehebatan satu kamera mereka yang disokong kuat oleh perisian dari Google. Bayangkan dengan dwi-kamera, keupayaan kamera Pixel 4 XL mungkin jauh lebih baik dari Pixel 3 XL yang hanya satu kamera.

Seperti tahun lepas, tahun ini Google dijangka akan melancarkan siri Pixel 4 pada Oktober nanti. Apa yang boleh dijangka tentang spesifikasi siri Pixel 4 adalah ia bakal dilengkapi dengan Snapdragon 855 dan menjalankan sistem operasi Android Q.

Ini mungkin rekaan Google Pixel 4 dan Pixel 4 XL TheSkop.




SUMBER : theskop.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts