EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Jaga Mulut Anda! Pelaku Body Shaming Boleh Dipenjara Dan Didenda RM50 Ribu

0 month ago, 16-Sep-2020

Menghina fizikal orang lain atau body shaming bukanlah suatu yang baru dalam masyarakat kita hari ini.

Kesannya, individu yang dihina boleh mengalami kemurungan, stres, gangguan emosi, hilang keyakinan diri, dan akhirnya membawa kepada kejadian bunuh diri.

Mungkin ramai yang tidak tahu, aktiviti body shaming ataumenghina rupa fizikal seseorang dimana-mana perkhidmatanaplikasi bolehdidakwa di bawah Seksyen 233 (1) (b), Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Dibawah akta ini, jika seseorang yang melakukan body shaming ini didapati bersalah, boleh dikenakandenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

Dibawah kesalahan yang sama, pesalah juga boleh dihukum di bawahSeksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekalikerana perkataan atau isyarat yang dimaksud mengaibkan kehormatan seseorang.

Mangsa yang mengalami body shaming boleh membuat laporan dan siasatan akan dilakukan terhadap pesalah.

kredit era


SUMBER : karteldakwah.com

Loading...
Save on your hotel - hotelscombined.com
Loading...

Live Website Traffic


loading...