EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

GG Multicolor, Himpunan Gucci Penuh Warna

1 month ago, 04-May-2021

Sembilan personaliti dan selebriti menjadi pilihan EH! untuk sama-sama meraikan kemeriahan warna himpunan baharu Gucci, GG Multicolor.

GG Multicolor memancar dengan satu konsep himpunan nan penuh warna. Logo G berkembar menjadi medan ekspresi buat Alessandro Michele pada himpunan ini, dan logo ini dilatari dengan jalinan warna yang bervariasi.

Mainan warna ini diabadikan pada helaian, aksesori seperti beg dan bucket hat. Jaket kargo misalnya antara yang menarik perhatian yang mana gaya ini cukup versatile dan sesuai untuk lelaki dan perempuan. Sama juga dengan baju panasnya yang hadir dalam rona merah jambu menjadikan himpunan GG Multicolor cukup menonjol.

Azira Shafinaz, Asad Motawh, Sharifah Rose, kumpulan sensasi Dolla, Sean Lee dan Wan Nursyaira menjadi pilihan EH! untuk sama-sama meraikan kedatangan himpunan baharu ini. Kami padankan mereka dengan helaian Gucci bersama himpunan beg terkini dan ikonik Gucci.

Penggambaran istimewa kami bersama sembilan personaliti ini tampil dalam konsep polaroid, menyuntik atmosfera vintaj seiring dengan trend gen-Z hari ini yang cuba mengembalikan semula teknologi lama dalam nadi yang lebih moden. Konsep ini kami abadikan dalam portrait dan juga untuk video istimewa.

Artikel Berkaitan: Fail Gaya OOTD Gucci, Siapakah Yang Paling Stail?

GG Multicolor, Himpunan Gucci Penuh Warna
azira shafinaz tahu bagaimana mensensasikan stailnya dengan tiga beg tangan#GucciHorsebit1955 three is better than one right?
GG Multicolor, Himpunan Gucci Penuh Warna
sean lee bersantai dalam balutan baju panas merah jambu dan tubuhnya bersilang beg #GucciJackie1961
GG Multicolor, Himpunan Gucci Penuh Warna

dolla tunjukkan bagaimana mereka having fun dalam helaian @gucci bersama himpunan beg #GucciBeloved
GG Multicolor, Himpunan Gucci Penuh Warna
Sharifah rose show her best way memadankan bucket hat dan jaket #GGMulticolor bersama #GucciHorsebit1955 bag in green. Stylish yet fun!

wan nursyaira menyerlah dengan tas tangan #GucciBeloved dan dalam balutan jaket dan skirt #GGMulticolour and its pink!
asad motawh pastinya antara most promising stylish singer ketika ini. Lihat bagaimana selesanya dia dalam helaian warna-warni#GGMulticolour dan begnya pink. So energetic!
Arahan Seni/Penata Gaya: Khairul Abidin Pembantu: Johan Kassim & Farah Ain Jurugambar & Video: Micky & Noah (New Story Board Production) Solekan: Ady Razak & Sahir Sabri Dandanan: VV Chan & Yusof Ruzaimi


SUMBER : eh.com.my



Live Website Traffic


loading...