www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


TPM mulakan lawatan kerja lima hari ke Paris

0 month ago, 17-Mar-2019



Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail memulakan lawatan kerja lima hari ke Paris, Perancis esok dengan menyertai Program Majlis Pengurusan Transformasi Sosial Antara Kerajaan (IGC MOST) dan Sesi ke-14 IGC, MOST.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mempengerusikan program IGC MOST pada 18 Mac serta sesi ke-14 IGC, MOST pada 19 dan 20 Mac.


Loading...
Selang menghadiri sesi-sesi ini, Dr Wan Azizah dijadual menemui Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) Audrey Azoulay.

Beliau juga dijangka menemui anggota Parlimen Perancis, Menteri Negara Perancis bagi Orang Kurang Upaya, bekas Menteri Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Penyelidikan serta Presiden Majlis Penganut Islam Perancis, kata kenyataan itu.

Dr Wan Azizah ialah Presiden MOST IGC ketika ini berikutan pemilihan Malaysia ke IGC bagi penggal 20172019.

Beliau akan memegang jawatan itu sehingga Sesi Luar Biasa MOST IGC akan datang.

Di luar jadual itu, Dr Wan Azizah juga dijadual merasmikan Pesta Buah-buahan Tropika Malaysia di UNESCO Restaurant dan menjadi hos majlis jamuan malam untuk para duta besar/perwakilan tetap Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke UNESCO sebagai sebahagian daripada usaha lobi Malaysia bagi menganggotai Lembaga Eksekutif UNESCO (2019 2023).

Antara pencapaian utama Malaysia di bawah program MOST ialah penyempurnaan sebuah projek penyelidikan mengenai Keterangan Valorising tentang Pembangunan Sosial bagi Mencapai Matlamat Pembangunan Mampan oleh Institut Pengajian Malaysia dan Antarabangsa di bawah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Dua program pembangunan masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terlibat dalam projek ini iaitu program Pemerkasaan Keluarga dan Masyarakat (FACE) dan Pusat-pusat Aktiviti untuk Orang-orang Tua (PAWE). -Bernama




Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts