EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Mulai 20 Januari Semua Murid Pada Kawasan PKPB, PKPP Akan Tetap Hadir Ke Sekolah Rendah

0 month ago, 12-Jan-2021
save 2.0

Semua murid di negeri PKPB dan PKPP akan hadir ke sekolah mulai 20 Januari 2021 ini.

Kenyataan Dr Radzi Jidin, Menteri Kanan (Pendidikan) negara itu telah dimaklum pada sidang khas petang ini. Terdapat dua kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR) sehingga 8 Mac dan Secara Bersemuka adalah hadir ke sekolah.

Bagi Sekolah Rendah:

  • Negeri PKP Pelajar Tahun 1 hingga Tahun 6 mereka akan melalui proses PDPR
  • Negeri PKPB, PKPP Pelajar Pra Sekolah hingga Tahun 6 akan melalui proses bersemuka, hadir ke sekolah

Sementara itu, bagi pelajar Sekolah Menengah:

  • Negeri PKP Pelajar Tingkatan 1 Tingkatan 4 akan lalui proses PDPR, kecuali Tingkatan 5 dan 6 akan hadir ke sekolah
  • Negeri PKPB Pelajar Tingkatan 2 dan 3 akan lalui proses PDPR, kecuali Tingkatan 1, 4, 5 dan 6 akan hadir ke sekolah
  • Negeri PKPP Pelajar Tingkatan 2 dan 3 akan lalui proses PDPR, kecuali Tingkatan 1, 4, 5 dan 6 akan hadir ke sekolah

Tindakan ini adalah selaras untuk membantu para pelajar khususnya pelajar SPM, STPM 2020 yang telah mengalami penangguhan berhubung pembelajaran mereka.



SUMBER : rnggt.com



Live Website Traffic


loading...