EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Mulai Hari Ini, Golongan Rentan Di Wilayah Persekutuan Perolehi Akses Vaksin Secara Walk-In

0 month ago, 07-Jun-2021

Antara langkah mempercepatkan agihan penerimaan suntikan vaksin dalam kalangan penduduk di Wilayah Persekutuan kini pengenalan Trak Vaksin Bergerak dilaksanakan dan bermula hari ini (6 Jun) agihan suntikan vaksin sedang dijalankan.

Inisiatif di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan ini menyasarkan 67 lokasi di seluruh WP, ini termasuklah lokaliti yang kurang mendapat akses pengangkutan awam seperti perumahan rakyat, kos rendah, kawasan industri seperti tapak pembinaan turut menjadi tumpuan.

Golongan rentan dan terjejas turut diberi keutamaan menerima vaksin dan boleh mendaftar, secara walk-in pada lokasi trak vaksin bergerak yang tersedia.

Setakat ini, sasaran agihan suntikan vaksin dijangkan meliputi pemberian 50,000 dos vaksin sehari. Wujudnya usaha ini dapat membantu warga WP perolehi vaksin.

Untuk makluman, hari ini sekitar 1,000 penduduk PPR Muhibbah telah menerima suntikan vaksin COVID-19 menerusi program pertama Trak Vaksin Bergerak ini.

Seramai lebih kurang 1,000 orang penduduk PPR Muhibbah menerima suntikan COVID-19 hari ini melalui program pertama trak bergerak vaksinasi. pic.twitter.com/HnJf2jrPQg

Vaksin COVID-19 ???????? (@JKJAVMY) June 7, 2021



SUMBER : rnggt.com



Live Website Traffic


loading...