EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Muhyiddin luang masa bersama warga peladang, penternak dan nelayan di Beaufort

0 month ago, 17-Sep-2020

BEAUFORT,. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meluangkan masa bersama warga peladang, penternak dan nelayan Sabah di Dataran Bagandang, di sini, kira-kira 90 kilometer dari Kota Kinabalu, hari ini.

Muhyiddin, yang tiba jam 9.45 pagi sambil memakai pelitup muka, melambaikan tangan kepada hadirin yang turut menjaga pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 termasuk penjarakan fizikal.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, dua timbalannya Datuk Seri Ahmad Hamzah, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, Ahli Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun dan bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman.

Muhyiddin dijangka akan melancarkan Skim Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit Huma pada acara ini, yang antara lain memberi bantuan berupa geran, elaun, skim ternakan, dan zakat kepada golongan peladang, penternak dan nelayan yang layak dalam usaha membantu meningkatkan taraf hidup golongan tersebut.

Skim ini melibatkan agensi seperti Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Agrobank.

BERNAMA


Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...