EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Prof Muhaya Tampil Perjelaskan Isu Buat Bod*h-Bod*h

0 month ago, 11-Jun-2021

Sejak beberapa hari yang lalu, rata-rata warganet kurang senang dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Prof Muhaya berhubung klip video berdurasi 56 saat itu kononnya perempuan kena jadi bod0h sedikit jika mahu mendapatkan jodoh.

Justeru itu, ramai pihak yang memberikan pendapat dan pandangan masing-masing sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi terhadap kerjaya dan kredibiliti Prof Muhaya.

Tidak mahu isu ini terus diperkatakan, pakar mata dan motivasi, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad menerusi hantaran di lamanFacebookdan Instagram miliknya tampil memperjelaskan isu berkenaan.

Video diambil dari pot0ngan klip

Menurut Prof Muhaya, klip berdurasi 56 saat tersebut adalah petikan dari live di FB Page Prof Muhaya dan Youtube Prof Muhaya TV berdurasi 45 minit yang diterbitkan pada 6 Feb 2021 pada jam 6 petang bertajuk Antara Cinta Dan Cita-Cita.

Dan siaran live itu adalah bagi menjawab persoalan dan komen yang diajukan olehfollowersbeliau berkaitan wanita dalam dilema antara mengejar kerjaya, cinta serta keluarga.

Secara teknikalnya, ini adalah video lama. Bagaimanapun Bonda faham klip yang telah disunting kepada 56 saat ini, telah menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang dalam kalangan masyarakat, terutamanya kaum wanita, sehingga menimbulkan persoalan, perbaIahan dan sangkaan.katanya.

Tampil memohon maaf kepada semua pihak

Malah, Prof juga sempat memohon maaf atas salah faham yang timbul dan mengucapkan terima kasih kepada pihak yang mengambil berat dengan bertanyakan mengenai hal sebenar di sebalik kejadian yang berlaku.

Bonda mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf atas salah faham yang timbul dan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang ambil berat termasuk pihak media, rakan-rakan dan keluarga yang mengambil inisiatif tabayyun, atau bertanya akan perkara sebenarnya kepada Bonda mahupun team Bonda

Kepada pihak media juga, sangat baik budi akhlaknya sehingga kini menanti statement Bonda, maka Bonda tampil membuat penjelasan ini. Terima kasih kerana sabar ya.

Bukan itu sahaja, sebagai seorang wanita, isteri, ibu dan nenek yang berkerjaya, Prof Muhaya sangat mendukung dan mendoakan agar semua wanita berjaya dan mendapat redha Allah SWT.

Disamping sempat menghadiahkan nota ringkas menerusi laman Facebook miliknya sebagai rujukan untuk menjawab semua persoalan yang timbul.

Atas salah faham ini, Bonda ingin hadiahkan nota ringkas live CINTA & CITA-CITA (di youtube) sebagai rujukan bagi menjawab segala persoalan yang timbul.

Terima kasih, Bonda sayang semua tanpa syarat jelasnya.

Semoga penjelasan tersebut dapat menjawab persoalan dan salah faham yang timbul ekoran daripada kenyataan tersebut. – dipetik dari Xtra, Instagram

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! Facebook@Mytv Viral



SUMBER : mytvviral.com



Live Website Traffic


loading...