EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

6 tip mudah kulit glow ala Scha Alyahya

0 month ago, 19-Nov-2020

SELEBRITI Scha Alyahya sering menjadi perhatian baik dari segi fesyen, gaya rambut mahupun kulit wajahnya yang sentiasa berseri walaupun tidak mengenakan sebarang solekan.

Terkini Juara Dewi Remaja 2005/06 sekali lagi menjadi sebutan warga maya apabila penampilan beliau kekal menawan dan elegan meskipun sedang hamil anak kedua.

Jika singgah ke laman sosial Instagram peribadi @schaalyahya pasti ada sahaja kepingan foto #OOTD (Outfit Of The Day) Scha Alyahya dalam variasi stail.

Pun begitu, Scha yang mendirikan rumah tangga bersama Awal Ashaari pada 4 Mei 2012 tidak hanya menjaga pemakaian, malah kondisi kulit wajah juga dititikberatkan.

scha
PENAMPILAN Scha Alyahya kekal stailo dan elegan meskipun kini hamil cahaya mata kedua.

Artikel berkaitan:Elegan persis Scha Alyahya

Buktinya, pada baru-baru ini buat pertama kali ibu kepada Lara Alana Ahmad Awaluddin itu berkongsi rutin penjagaan wajah satu persatu buat para pengikut.

Kita semua sedia maklum kulit wajah mudah terdedah pada cahaya mata hari dan penghawa dingin apabila berada di rumah.

Kesannnya, kulit wajah menjadi cepat kering. Jadi, langkah terbaik untuk mengekalkan kelembapan pada kulit adalah dengan menggunakan produk wajah bersesuaian, katanya menerusi video berdurasi 7.13 minit yang dimuat naik dalam Instagram baru-baru ini.

Rutin penjagaan wajah cara Scha Alyahya:
1- Semburkan pencuci jenis milk cleansing pada kulit wajah untuk menanggalkan solekan dan kotoran. Gosok dengan lembut selama beberapa minit.

2- Kemudian, Scha menggunakan pula pencuci muka yang membantu mengurangkan penghasilan minyak dan sebum yang mendorong pada penghasilan jerawat. Pada masa sama, ia memberi kelembapan dan perlindungan pada kulit wajah.

Picit pencuci muka tersebut pada tapak tangan dan campur sedikit air bersih.

Lazimnya, apabila mencuci muka Scha akan gosok pencuci muka yang diletakkan atas tapak tangan terlebih dahulu berbanding menggosoknya terus pada kulit wajah.

Teknik seumpama itu (gosok pada muka) akan menyebabkan kulit wajah cepat kering.

3- Selepas membilas kulit wajah oleskan skrub yang mengandungi sumber mineral bagi menanggalkan kotoran dan sel kulit mati.

Biasanya Scha akan skrub antara tiga hingga 4 kali seminggu supaya kulit wajah tidak kelihatan kusam dan membantu ia tampak sekata.

scha

4- Seterusnya, sapukan toner (penyegar) yang berfungsi sebagai ekstra pembersih bagi menanggalkan mekap ataupun krim pelindung cahaya matahari tanpa menjejaskan kelembapan kulit wajah.

Pada masa sama, toner juga bertindak meningkatkan keseimbangan kadar pH termasuk menyegarkan kembali kulit wajah.

5- Oleskan serum bagi mengunci kelembapan, sekali gus membuatkan kondisi kulit wajah sihat dan mengurangkan jerawat, jeragat serta bintik hitam.

6- Akhir sekali, aplikasi krim pelembap yang kaya dengan vitamin B3 pada sebelah siang dan malam.

Selamat mencuba!

: Instagram @schaalyahya

Post Views: 1



Save on your hotel - hotelscombined.com

Live Website Traffic


loading...