EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Cara Mudah Kemaskini MySejahtera, Mudah Sahaja!

0 month ago, 07-Jun-2021

214Shares

Setiap rakyat Malaysia wajib kemaskini status kesihatan masing-masing di aplikasi MySejahtera. Berikut dikongsikan cara kemaskini MySejahtera yang dikongsikan oleh KKM.

Kegagalan berbuat demikian boleh didenda seperti yang dilaporkan Harian Metro baru-baru ini di mana seramai 31 pekerja di Perak masing-masing didenda antara RM1,500 dan RM2,000 kerana gagal mengemas kini status kesihatan mereka.

Namun difahamkan mereka yang didenda itu berdasarkan Prosedur operasi standard (SOP) ini merujuk kepada SOP pengilangan dan bukannya SOP Am.

Cara Kemaskini MySejahtera

1 Buka Aplikasi MySejahtera

2 Klik Status COVID-19

3 Tekan butang Start

4 Jawab 6 soalan yang disediakan dan klik Submit

5 Masuk bahagian Profile dan klik butang Refresh. Selesai kemaskini.

Baca juga : CARA MOHON BANTUAN MORATORIUM LOCKDOWN : B40, M40 DAN T20 LAYAK

Pemilik MySejahtera perlu kemaskini status sekiranya :

  • ada simptom atau
  • ada sejarah perjalanan keluar negara atau
  • ada kontak rapat kepada kes positif atau
  • terlibat dalam perhimpunan ramai atau kluster.

Mudah kan?
Sentiasalah kemaskini aplikasi MySejahtera di telefon bimbit kita.

214Shares

Jom kongsikan artikel ini :

Like Loading...


SUMBER : gengborak.com



Live Website Traffic


loading...