EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Cara mudah hasilkan cakoi gebu dan rangup, yang penting rasanya pasti lebih lazat

0 month ago, 21-Nov-2020

Fikir petang-petang musim hujan ini, kalau dapat makan kuih cakoi sebagai hidangan minum petang, rasa teringin hendak buat pula.

Apa kata kita buat sendiri sahaja dengan ikut resipi cakoi rangup cara mudah hasil perkongsian pengguna Facebook yang juga seorang cef, Hafiz Zam.

Resipi cakoi gebu dan rangup.

Bahan-bahan:

Bahan minyak bawang putih:

  • 80ml minyak
  • 5 ulas bawang putih

Bahan cakoi:

  • 1/2 sudu teh yis
  • 1 kg tepung gandum
  • 2 sudu teh soda bikarbonat
  • Garam secukup rasa
  • Stok ayam secukup rasa
  • 550ml air
  • Minyak bawang putih

Hafiz Zam/Facebook

Cara penyediaan:

1.Gorengkan bawang putih dengan minyak yang panas. Tapiskan.

2.Masukan semua bahan kecuali air. Gaul rata.

Hafiz Zam/Facebook

3.Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh.

Hafiz Zam/Facebook

4.Taburkan tepung gandum atas permukaan meja yang bersih dan letakkan doh.

5.Rehatkan doh selama 20 minit.

Hafiz Zam/Facebook

6.Potong doh secara memanjang.

7.Bentukkan setiap doh menjadi 2 bahagian. Bahagian tengah letak air dan tekankan guna lidi.

Hafiz Zam/Facebook

8.Panaskan minyak dalam kuali.

9.Tarik panjang cakoi sebelum masukkan ke dalam kuali. Gorengkan dengan menggunakan api kecil.

Hafiz Zam/Facebook

10.Toskan minyak dan angkat cakoi yang sudah digoreng sempurna.

Hafiz Zam/Facebook

Siap sudah cakoi gebu yang rangup. Sedia untuk dihidang.

Hafiz Zam/Facebook

Boleh buat pilihan cicah dengan kaya pandan, sos cili atau sambal. Pasti hendak ambil lagi ulang kali sampai tidak sedar cakoi sudah habis.

Selamat mencuba!

Maybe you're interested :



SUMBER : erabaru.com.my



Live Website Traffic


loading...