EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Tip Lagi Mudah & Cepat Tanam Kangkung. Kalau Tak Nak Kangkung Tumbang Tuai Sebelum Hari Ke

0 month ago, 13-Jan-2022

Sayur kangkung memang mudah untuk ditanam dan hasilnya pun cepat.

Tapi kalau nak semai biji benih kangkung lagi senang dan cepat boleh ikut cara yang dikongsi oleh Hamdan Ahmad Sapli.

Selain mudah katanya cara penanaman ini juga ada kelebihannya, iaitu biji benih tak dihanyutkan air bila hujan dan kangkung juga tak ‘tumbang’

Cara mudah dan cepat tanam kangkung

  1. Jika tanam dalam petak begini, buat longkang guna sudip secara melintang/memanjang (tak perlu dalam).

2. Tabur saja benih dalam longkang tadi.

3. Jarakkan 4 inci dan buat lagi longkang. Pada masa yang sama tanah yang disodok untuk buat longkang kedua dikambus pada longkang pertama yang dah berisi biji benih kangkung.

4. Ulang hingga selesai. Boleh juga tonton video cara tanam biji benih kangkung Hamdan di SINI

Biji benih yang ditanam cara ini takkan dihanyutkan air bila hujan dan kangkung tak tumbang, kerana pokok akan ‘bersandar’ antara satu sama lain.

Sukatan tanah bagi penanaman kangkung

Boleh ikut sukatan ini;
-Top soil – 3 bahagian
-Pasir – 2 bahagian
-Baja – organik 0.5 bahagian

  • Gembur atau gaulkan tanah bersama baja organik tahi ayam. Ratakan dan bubuh dolomite yang berfungsi untuk meneutralkan semula tanah. Gaul semula.
  • Rehatkan tanah seminggu kemudian barulah semai biji benih.
Cara penjagaan kangkung
  • Siram biji benih yang disemai dua kali sehari. ak baja sekali ketika usia 2 minggu.
  • Kangkung boleh dituai lebih kurang 25 hari. Jika tidak dituai dalam tempoh ini, kangkung akan tumbang dan menjalar.
  • Kangkung yang halus atau ‘kurus’ tanda tidak cukup cahaya.

Semoga bermanfaat.

: Hamdan Ahmad Sapli via Kitchen Garden

Tip Lagi Mudah & Cepat Tanam Kangkung. Kalau Tak Nak Kangkung ‘Tumbang’ Tuai Sebelum Hari Ke… Vanilla Kismis.



SUMBER : vanillakismis.my



Live Website Traffic


loading...