EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Mowgli Malaysia Bersedih, 25 Kerbau Mati

0 month ago, 15-Sep-2020

Pasti anda masih ingat dengan Mowgli Malaysia, Adik Syukor Khamis yang sebelum ini pernah mencuri perhatian rakyat Malaysia selepas gambarnya bersama kerbau peliharaannya tular, bukan?

Hari ini menerusi satu posting, adik Syukor telah berkongsi satu cerita menghayat hati dimana 25 ekor kerbau yang peliharaaanya telah pun mati, dipercayai kerana wabak.

Dugaan besar buat kami sekeluarga… mungkin sekarang musim wabak…kami sekeluarga mengharapkan doa dari semua agar musibah ini segera berakhir…

Posted by Syukor Khamis – Kampong Boy on Sunday, September 13, 2020

Perkara sama turut dikongsikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri di laman facebok beliau

Menurut perkongsian Dr Zul , beliau menerima khabar kerbau milik Syukur Khamis dan ayahnya mati pagi tadi selain dimaklumkan mereka berdua begitu sedih ketika ini.

Foto : Dallah Deen

Saya ingin berpesan untuk diri saya jua dan semua yang membaca, hidup dan mati milik-Nya, jasad kita juga milik-Nya.

Sedih itu hal biasa namun usah terlalu sedih kerana ia adalah putaran biasa kehidupan Allah, katanya.

Perkara sama turut dikongsikan jurukamera terkenal Dallah Deen, antara orang yang pernah bertanggungjawab menaikkan nama Mowgli Malaysia itu

Foto : Dallah Deen

:Khabar duka dari Kandang Pak Khamis di Kg Banggol Katong, Serada. Setakat pagi ni dah lebih 25 ekor kerbaunya mati secara mengejut.

“Tiada bahasa dapat Syukor dan ayahnya Pak Khamis luahkan, cuma linangan air mata dan harapan doa dari orang ramai sahaja yg diharapkan. Selebihnya berserah kepada Allah SWT, semoga ada sinar baik untuk keluarga ini dalam menghadapi dugaan ini.


SUMBER : buzzkini.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...