www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Motorola One Vision rasmi dengan Exynos 9609 dan Kamera 48MP

0 month ago, 16-May-2019


Motorola adalah jenama yang tidak asing lagi dalam arena teknologi peranti di dunia sejak dulu lagi. Semalam, Motorola telah perkenalkan Motorola One Vision secara rasmi di Brazil.

Motorola One Vision adalah salah satu peranti kelas pertengahan dengan spesifikasi yang menarik. Ia menggunakan paparan FHD+ resolusi 1080 x 2520 piksel dengan saiz skrin 6.3-inci dan menamakannya sebagai CinemaVision.

Ia juga sama seperti paparan CinemaVision yang diperkenalkan oleh Sony. Namun ia agak berbeza sedikit buat One Vision kerana ia mempunyai rekaan skrin dengan paparan penuh dan lubang kamera yang agak besar seperti Honor View20.

Pada bahagian lain, dilihat Motorola memfokuskan pada fungsi kamera kerana ia mempunyai Dwi-Kamera 48MP f/1.7 Quad Piksel OIS dan 5MP f/2.2 Depth Sensor. Walaupun ia hanya menggunakan Dwi-Kamera, namun keupayaannya amat mengagumkan.

Motorola One Vision mempunyai fungsi kamera seperti 8x digital zoom, Portrait mode, Instant Camera, Cinemagraph mode, Best Photo, dan YouTube Live mode. Selain itu, ia juga mempunyai fungsi kamera waktu malam Night Vision seperti yang diperkenalkan oleh Google Pixel (NightSight).

Manakala dibahagian hadapan, kamera pada bahagian skrin yang berlubang digunakan oleh One Vision adalah 25MP f/2.0 Quad Piksel dengan fungsi yang lebih kurang sama seperti kamera belakang.

Cip pemprosesan yang digunakan oleh Motorola One Vision kali ini secara jelas adalah dari Samsung. Kerana ia dikuasakan oleh cip Exynos 9609 2.2GHz octa-core, 4GB RAM dan storan memori 128GB. Ia juga mempunyai slot memori sehingga 512GB dan menyokong Dwi-SIM.

Pada bahagian lain, One Vision dibekalkan dengan bater sebesar 3,500mAh dan pengecasan pantas TurboPower. Ia juga masih mengekalkan bicu audio 3.5mm dan mempunyai fingerprint pada bahagian panel belakang.

Motorola One Vision menjalankan Android 9 Pie. Motorola juga menyatakan bahawa One Vision bakal mendapat sokongan Android selama 2 tahun dan 3 tahun perisian keselamatan Android. Sama seperti yang dinyatakan oleh OnePlus.

Motorola One Vision rasmi dengan Exynos 9609 dan Kamera 48MP TheSkop.




SUMBER : theskop.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts