EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Motor terbakar dalam perjalanan. Ustaz Ebit Lew tampil hadiahkan motor baru buat mereka

0 month ago, 21-Nov-2020

Asslamualaikum dan selamat sejahtera,

Bantuan demi bantuan yang dihulurkan oleh pendakwah bebas tanah air Malaysia, Ustaz Ebit Lew kepada orang susah. Akhlak yang ditunjukkan oleh beliau membuka mata masyarakat untuk terus membantu lebih ramai lagi.

Malah, beliau menghulurkan bantuan tidak kira agama dan bangsa. Ada sahaja yang ingin dibantu kepada mereka yang memerlukan. Itulah sifat dermawan yang ditunjukkan seorang insan yang hebat.

Menerusi perkongsian terbaru di laman Intagram miliknya, Ustaz Ebit Lew tampil membelikan sebuah motosikal baharu dan menghadiahkan kepada satu keluarga daif yang pernah menyentuh hati ramai apabila motosikal mereka terbakar ketika dalam perjalanan meminta bantuan di Johor.

Instagram Ustaz Ebit Lew

Sebak rasa baca pasal abang oku bersama 2 anaknya perlu bantuan di Johor dan motor terbakar dalam perjalanan. Abang polis johor cuba bantu beliau. Terima kasih Polis Johor. Syukur ramai datang bantu.

Hari ini saya belikan motor baru hadiahkan untuk abang ini serta sedikit duit belanja. Kami juga bawa barang dapur untuk 84 keluarga disitu. Beras dan barang dapur darielewsmart

Sedih rasa bila Tok Batin tadi ucap terima kasih dan semua orang kampung situ kenal ajak bergambar. Allah tentukan dapat jumpa abang tadi. Comel jer anak-anak kecilnya.

Ramai orang kampung situ ulang kali cakap terima kasih walau cuma bantuan makanan untuk semua. Syukur banyak pihak ada hantar bantuan buat keluarga ini-ebitlew

Dalam kejadian tersebut, tiga beranak Orang Asli di Johor itu menaiki motosikal sebelum ianya terbakar dan menjadi tular di media sosial.

Difahamkan kejadian berpunca apabila motosikal yang ditunggang oleh bapa bersama dua anak lelakinya itu mengeluarkan percikan api di bahagian enjin, selain mereka tersesat jalan ketika dalam perjalanan.

Alhamdulillah, syukur sangat-sangat Allah hantar insan yang hebat yang selalu membantu orang susah. Didoakan semoga Allah membalas jasa dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah buat Ustaz Ebit Lew. Terima kasih Ustaz.

: Ebit Lew

Motor terbakar dalam perjalanan. Ustaz Ebit Lew tampil hadiahkan motor baru buat mereka first appeared on Denaihati.



SUMBER : denaihati.com



Live Website Traffic


loading...