EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Motif tembak sebab masalah peribadi

0 month ago, 09-Feb-2020

Bangkok: Anggota tentera yang melepaskan tembakan rambang dan menyebabkan 26 individu maut di bandar Nakhon Ratchasima di timur laut Thailand, melakukan perbuatan itu kerana masalah peribadi.

AFP melaporkan Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-O-Cha berkata, insiden itu benar-benar mengejutkan negara.

Ia tidak pernah terjadi di Thailand, dan saya mahu ia menjadi kali terakhir ia berlaku, katanya ketika ditemui di luar hospital di mana mangsa cedera dirawat.

Tambahnya lagi, motif kejadian berkait dengan penjualan sebuah rumah.

Media sebelum ini melaporkan suspek, Sarjan Mejar Jakrapanth Thomma, ditembak mati selepas 17 jam bersembunyi di sebuah pusat beli-belah.

Laporan awal sebelum ini menyatakan 21 individu maut termasuk seorang anggota pasukan keselamatan yang menyerbu bangunan berkenaan.

Semalam, suspek dikatakan melepaskan tembakan rambang pada 3 petang (waktu tempatan), dari dalam sebuah rumah.

Dia kemudian bergerak ke arah kem askar sebelum ke sebuah pusat beli-belah.

Suspek juga memuat naik hantaran di Facebook, ketika bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain untuk melepaskan tembakan.

Kejadian mencetuskan panik apabila pengunjung pusat beli-belah itu panik dan lari bertempiaran untuk keluar dari bangunan itu.

Sementara itu, BERNAMA melaporkan 57 orang turut cedera akibat kejadian itu dan dirawat ke hospital.

Berita berkaitan

Suspek ditembak mati, lapan selamat

Penembak menyorok di pusat beli-belah

10 terbunuh, tentera Thailand mengamuk


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...