EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

5 Momen Paling Dinantikan Peminat Muzik Pada 2021

0 month ago, 12-Jan-2021
save 2.0

Dari filem dokumentari Billie Eilish kepada konsert virtual pertama Blackpink, juga muzik baharu daripada Rihanna, ini adalah lima momen yang paling ditunggu-tunggu peminat muzik dunia awal tahun ini.

Penularan Covid-19 masih lagi meningkat di seluruh dunia. Tetapi, ia tidak menghalang barisan artis ini untuk terus menghangatkan industri muzik dengan momen-momen yang akan diingati sepanjang tahun.

1. Konsert Virtual Pertama Blackpink

Secara langsung dari Seoul, Blackpink akan mengadakan konsert virtual pertama mereka akhir bulan ini. Awalnya dijadualkan pada 27 Disember tahun lalu tetapi terpaksa ditangguhkan kerana penularan pandemik Covid-19 yang semakin meningkat di seluruh dunia. Peminat Blackpink yang dikenali sebagai Blinks boleh menonton konsert ini secara eksklusif melalui YouTube Music pada 31 Januari 2021.

2. Filem Dokumentari Billie Eilish

The Worlds a Little Blurry adalah judul filem dokumentari Billie Eilish akan menemui peminat pada 26 Februari 2021 di Apple TV+. Dokumentari ini akan mengisahkan perjalanan seni bintang berusia 19 tahun ini sejak album debutnya, When We All Fall Asleep, Where Do We Go?. Dari proses rakaman lagu kepada penguasaannya di Anugerah Grammy pada 2020, peminat dapat menyelami kehidupan Billie Eilish melalui filem dokumentari daripada mata pengarah berbakat, R.J. Cutler.

3. Album Terbaharu Lorde

Selepas kejayaan album Melodrama pada 2017, Ella Yelich-OConnor atau lebih popular dengan nama Lorde terus mendiamkan diri, termasuklah di media sosial. Penantian peminat penyanyi kelahiran New Zealand ini terjawab ketika dia membincangkan mengenai kembaranya ke Antartika akhir tahun 2019. Lorde telah mengesahkan akan muncul dengan album ketiganya tahun ini dan seperti album sebelum ini, dia akan sekali lagi bekerjasama dengan Jack Antonoff.

4. Muzik Baharu Daripada Rihanna?

Sudah pasti peminat sudah tidak sabar lagi untuk mendengar karya muzik terbaharu daripada Rihanna. Album terakhir bintang asal Barbados itu adalah Anti yang telah dikeluarkan pada 2016. Walaupun dia kekal sibuk dengan label kecantikan dan fesyen miliknya seperti Fenty Beauty dan Fenty, Rihanna dikhabarkan sedang giat merakamkan lagu baharu di studio untuk albumnya yang dijangka akan membuat debut tahun ini.

5. Konsert Jelajah Dua Lipa

Tiada apa yang dapat menghalang penguasaan penyanyi kelahiran London, United Kingdom ini, termasuklah pandemik Covid-19. Tahun lalu, Dua Lipa telah mengeluarkan album Future Nostalgia yang menampilkan lagu-lagu hit seperti Dont Start Now, Physical, Break My Heart dan Levitating. Konsert jelajah Future Nostalgia ini akan memulakan rentak di Liverpool, United Kingdom pada 10 September sebelum terbang ke Eropah. Melalui album Future Nostalgia, dia telah menerima enam pencalonan di Anugerah Grammy.

Baca lebih lanjut: Artis Pertama Dengan Lima Album Tahunan, Taylor Swift Cipta Sejarah Tersendiri



SUMBER : eh.com.my



Live Website Traffic


loading...