www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


MFL mohon maaf, akan ganti baharu trofi ABK 2018

0 month ago, 07-Nov-2018


Kualiti trofi kasut emas terpalit kontroversi apabila hanya bersaiz sebesar tapak tangan.

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) tampil memohon maaf berhubung isu kualiti trofi Anugerah Bola Sepak Kebangsaaan (ABK) 2018 yang menjadi kritikan daripada pelbagai pihak.

MFL dalam kenyataan memberitahu pihaknya tidak berniat untuk memberikan sebuah trofi yang tidak sesuai kepada semua pemenang sedangkan selama ini mereka sentiasa berusaha menjadikan ABK megah setiap tahun.

Dengan ini, MFL memohon maaf kepada semua pemenang dan juga komuniti bola sepak Malaysia diatas insiden yang tidak mencerminkan matlamat, visi dan piawaian MFL dan Tunku Pengerusi kami yang sangat menekankan standard dan kualiti dalam semua aspek. MFL akan lebih baik pada masa hadapan.

MFL juga mengambil inisiatif menghubungi semua pemenang untuk menggantikan trofi itu sesuai dengan pencapaian mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

MFL memaklumkan terdapat kesilapan dalam tempahan yang dibuat dan mereka sudah mengenalpasti pegawai yang terlibat dan tindakan susukan akan diambil ke atas orang berkenaan.

“MFL mengenal pasti kakitangan yang membuat kesilapan dalam pesanan membuat trofi itu dan beliau cuba menutup perkara terbabit tanpa pemberitahuan maklumat kepada pihak pengurusan.

Seperti dilihat dari gambar-gambar yang dilampirkan, MFL sentiasa memberikan trofi yang sesuai dan mengikut standard yang perlu

“Jadi sudah pasti pihak MFL tidak berniat untuk memberikan sebuah trofi yang tidak sesuai kepada semua pemenang, dan tindakan sudah diambil ke atas mereka yang terlibat dalam kejadian yang menghampakan ini,” tambahnya.

Sebelum ini, ABK 2018 dihujani kritikan terhadap trofi kategori kasut emas yang dimenangi pemain import Selangor, Rufino Segovia yang terlalu kecil berbanding tahun lalu.

Turut dipertikaikan adalah kualiti trofi apabila salah satu trofi dimenangi pemain Johor Darul Tazim (JDT), Safawi Rasid yang didakwa patah sejurus keluar dari hotel.

 

 

 

MFL mohon maaf, akan ganti baharu trofi ABK 2018 Sukan Sinar.


SUMBER : sukansinar.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts