www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Piya mohon cerai kali kedua dengan Kafa

0 month ago, 17-May-2019


KOTA BHARU 16 Mei – Mohd. Badri Radzi yang terkenal dengan hantaran gelembung buaya sekali lagi menghantar surat permohonan cerai kali kedua dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) semalam.

Mohd. Badhri atau Piya berkata, permohonan itu dibuat berpandukan kepada Klausa 8.7 yang terdapat dalam kontrak pemain bola sepak.



Menurutnya, klausa tersebut jelas menyatakan kontrak ini boleh ditamatkan tanpa apa-apa (samaada pembayaran pampasan atau pengenaan sekatan kesukanan) jika pemain tidak menerima gajinya lebih daripada satu kali.

Semenjak menyertai TRW 16 Mac lalu, saya belum pernah menerima gaji sebagai pemain bola sepak dari KAFA.

Mengikut perkiraan sudah dua bulan saya tidak menerima gaji iaitu Mac dan April, katanya.





Tambahnya, ia jelas melanggar kontrak pemain bola sepak sebagaimana yang termaktub dalam Klausa 8.7.

Utusan Malaysia 8 April lalu melaporkan, Piya membuat kejutan apabila memutuskan untuk meninggalkan pasukan biarpun baharu sebulan kembali bersama bagi musim 2019.

Piya memberitahu, dia mahu menamatkan kontrak dengan TRW dan berharap KAFA dapat mengeluarkan Sijil Perpindahan Pemain (SPN) nanti.

Katanya, kerjasama itu amat diharapkan bagi membolehkan dia terus mencari rezeki bagi menyara keluarga.

Saya juga berharap KAFA dapat menjelaskan tunggakan gaji selama dua bulan untuk tahun 2019 ini, ujarnya.-UTUSAN






SUMBER : bazookapenaka.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts