EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Cara Mohon Bantuan Baik Pulih & Bina Rumah Kasih Keluarga Malaysia

0 month ago, 12-Jan-2022

Kepada warga penduduk yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda baru-baru ini, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memperkenalkan inisiatif membina semula dan membaik pulih rumah yang terkesan akibat banjir yang dikenali sebagai Rumah Kasih Keluarga Malaysia.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) masing-masing diperuntukkan RM50 juta bagi usaha tersebut di mana kos sebanyak RM5,000 sehingga RM15,000 diperuntukkan bagi baik pulih rumah dan RM56,000 (kos bina baharu).

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan ini dan cara untuk mohon bantuan bagi mangsa yang terjejas akibat bencana banjir.

APA ITU RUMAH KASIH KELUARGA MALAYSIA?

Rumah Kasih Keluarga Malaysia adalah inisiatif membina semula dan membaik pulih rumah yang terkesan akibat banjir dengan peruntukan masing-masing RM50 juta kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Baca juga: Cara Mohon BKM Bujang 2022- Bantuan Tunai RM350-RM600

KADAR BANTUAN PEMBAIKAN DAN PEMBINAAN RUMAH

Kerja-kerja pembinaan  semula dan pembaikan rumah disediakan akibat bencana banjir di bawah program bantuan rumah dengan kadar berikut;

  • RM15,000 baik pulih rumah
  • RM56,000 bina baharu rumah (Semenanjung)
  • RM68,000 bina baharu rumah (Sabah dan Sarawak)

CARA MOHON RUMAH KASIH MALAYSIA

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat permohonan bagi Pembaikan atau Pembinaan Rumah:

  • Permohonan oleh Ketua Isi Rumah perlu dibuat melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah dan Pejabat Daerah yang berhampiran.
  • Permohonan akan disahkan oleh PKOB.
  • Permohonan diserahkan kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM) untuk diselaraskan dengan agensi-agensi pelaksana.
  • Pelantikan Agensi Pelaksanan.
  • Penyaluran peruntukan akan dibuat melalui KPLB atau Kerajaan Negeri.
  • Pembinaan / pembaikan rumah akan dijalankan.

INISIATIF RUMAH KASIH KELUARGA MALAYSIA

Terdapat 3 fasa dalam melaksanakan inisiatif Rumah Kasih Malaysia ini, antaranya:

FASA 1

  • Kerja pengumpulan data oleh Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) dijalankan di peringkat daerah.
  • Penyelarasan data di peringkat negeri dijalankan oleh Kerajaan Negeri dan maklumat rakyat yang terkesan akan dikumpulkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU, JPM) sebagai Pusat Data Utama mangsa banjir

FASA 2

  • Pemeriksaan, penilaian dan verifikasi data oleh agensi penilai iaitu KPKT, KPLB, JKR dan Kerajaan Negeri.

FASA 3

  • Kerja-kerja pembinaan atau baik pulih semua rumah yang terkesan sehingga siap dan kemudiannya akan dilaporkan semula kepada ICU, JPM selaku Pusat Data Utama Mangsa Banjir.

TEMPOH JANGKA MASA BAIK PULIH / BINA RUMAH

Berikut adalah anggaran jangka masa siap pembaikian dan pembinaan rumah:

PEMBAIKAN RUMAH

  • Tempoh pembaikan semula bergantung kepada tahap kerosakan dan akan dilaksanakan Agensi Pelaksana selepas kelulusan nama daripada PKOB.

PEMBINAAN RUMAH

  • Tempoh masa diambil adalah 3 hingga 4 bulan bergantung kepada kesediaan tapak.

CARTA ALIR PROSES KERJA PEMBINAAN

Terdapat aliran kerja pemprosesan kerja pembinaan, antaranya adalah:

  1. Pengumpulan data
  2. Penyelarasan data
  3. Pengesahan data
  4. Pemusatan data
  5. ICU, JPM kemukan data
  6. Pemeriksaan data
  7. Proses perolehan kerja
  8. Kerja-kerja pembinaan/ baik pulih

MAKLUMAT LANJUT

Ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai Rumah Kasih Keluarga Malaysia, sila rujuk pautan berikut:

  • FB rasmi Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB):Klik SINI
  • FB Rasmi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT):Klik SINI

Baca juga: Cara Tebus Baucar Perlindungan Tenang B40 Bernilai RM75

Cara Mohon Bantuan Baik Pulih & Bina Rumah Kasih Keluarga Malaysia SEMAKAN ONLINE.





Live Website Traffic


loading...