EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Cara Mohon Skim Bantuan Kebajikan Masyarakat (JKM)

0 month ago, 13-Jan-2022

Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.

Secara prinsipnya, di dalam melaksanakan pemberian bantuan kepada rakyat, Kerajaan Malaysia tidak sesekali mengamalkan konsep Negara Kebajikan (Welfare State).

Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial.

Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.

Baca juga: Cara Mohon Bantuan Baik Pulih & Bina Rumah Kasih Keluarga Malaysia

KELAYAKAN MEMOHON SKIM BANTUAN KEBAJIKAN

Terdapat beberapa jenis skim bantuan kebajian yang akan diberikan kepada pemohon mengikut ketegori kelayakan iaitu:

1.Bantuan Kanak-Kanak (BKK);
2.Elaun Pekerja Cacat (EPC);
3.Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB);
4.Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT);
5.Bantuan Orang Tua (BOT);
6.Bantuan Am Persekutuan (BA);
7.Bantuan Anak Pelihara (BAP);
8.Bantuan Latihan Perantis (BLP);
9.Bantuan Geran Pelancaran (GP);
10.Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT);
11.Tabung Bantuan Segera (TBS).

This image has an empty alt attribute; its file name is image-64.png

Baca juga: MyDaftar OKU JKM: Pendaftaran OKU Secara Online

CARA PERMOHONAN ONLINE BANTUAN BULANAN JKM 2022

  • Layari laman web eBantuanJKM di SINI
  • Daftar permohonan mengikut negeri
  • Isikan nombor kad pengenalan
  • Isikan borang berkaitan
  • Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
  • Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
  • Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

PERHATIAN: Sistem akan dibatalkan secara automatik sekiranya pemohon gagal hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian.

SENARAI DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan pasangan dan ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan penyata gaji (jika ada);
  • Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
  • Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)

BORANG PERMOHONAN BANTUAN JKM

  1. Borang Permohonan BantuanJKM 18
  2. Borang Kaji Semula Bantuan JKM 20

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Berikut adalah cara membuat semakan status permohonan bantuan JKM :

  • Tekan butang Semakan Status Semakan Atas Talian
  • Sila masukkan No.Kad Pengenalan dan klik butang Semak.
  • Senarai hanya akan memaparkan status bantuan yang telah dipohon atau sedang diterima

CARA SEMAK BAYARAN BANTUAN BULANAN JKM

  • Layari jkm.gov.my untuk membuat semakan bayaran bulanan JKM
  • Sila log masuk dan buat semakan bayaran
  • Jika bayaran telah dikreditkan, anda boleh ke bank untuk mengambil duit bantuan

JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN BULANAN JKM 2022

Dibawah adalah merupakan jadual pembayaran bagi tahun 2022:

PERKARABUTIRANNYA
Cek duit Bayaran bulanan jkm bulan Januari 202210 & 11 Januari 2022
Cek duit Bayaran bulanan jkm bulan Februari 20229 & 10 Februari 2022
Cek duit Bayaran bulanan jkm bulan Mac 20229 & 10 Mac 2022
Cek duit Bayaran bulanan jkm bulan April 202211 & 12 April 2022
Cek duit Bayaran bulanan jkm bulan Mei 20229 & 10 Mei 2022
Cek duit Bayaran bulanan jkm bulan Jun 20229 & 10 Jun 2022
Cek duit Bayaran bulanan jkm bulan Julai 202211 & 12 Julai 2022
Cek duit Bayaran bulanan jkm bulan Ogos 20228 & 9 Ogos 2022
Cek duit Bayaran bulanan jkm bulan September 20228 & 9 November 2022
Cek duit Bayaran bulanan jkm bulan Oktober 202210 & 11 Oktober 2022
Cek duit Bayaran bulanan jkm bulan November 20229 & 10 November 2022
Cek duit Bayaran bulanan jkm bulan Disember 20228 & 9 Disember 2022

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan yang telah dipohon, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat atau hubungi ibu pejabat JKM di talian: 03 – 8000 8000

Jabatan Kebajikan Masyarakat; Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran, Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya

Baca juga: Cara Tebus Baucar Perlindungan Tenang B40 Bernilai RM75

Cara Mohon Skim Bantuan Kebajikan Masyarakat (JKM) SEMAKAN ONLINE.





Live Website Traffic


loading...