EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Model Seksi Makan Serbuk Pre-Workout Scoop Kena Serangan Jantung

0 month ago, 09-Jun-2021

Gara-gara mengikuti trend kesihatan yang viral di TikTok, Briatney Portillo dikejarkan ke hospital akibat serangan jantung. Model seksi ini mengakui dirinya terpengaruh dengan trend viral tersebut, dan ingin mencubanya sendiri namun berlaku sebaliknya.

Makan Serbuk Pre-Workout Scoop Kena Serangan Jantung

Foto Instagram/TikTok @brivtny

Dipetik dari Wolipop, model seksi ini menemui video trik kesihatan di TikTok dan menganggap trik kesihatan tersebut bagus untuk kesihatan dan mencubanya sendiri.

IKLAN

Briatney tanpa berfikir panjang menelan serbuk untuk pre-workout tanpa minum air, membuatkan tubuhnya mengalami tindak balas seperti gatal-gatal, berpeluh secara tiba-tiba, dada rasa sesak, dan rasa sakit menjalar dari dada ke seluruh badan.

@brivtny

#fyp?

? Be A Clown ?? ??? Osuna ??????

Setelah saya makan serbuk pre-workout, saya mula merasa gatal-gatal di seluruh badan dan ia bukanlah sesuatu yang baik. Kemudian saya cari di Google, bahawa kesan seperti ini adalah normal.

Saya mula berasa sakit di dada tetapi rasa sakit itu tidak serius, jadi saya mengabaikannya dan terus bersukan. Tidak lama kemudian tubuh saya dibanjiri peluh dan dada saya merasa sakit yang teramat sangat.

Sakit tersebut menjalar hingga ke punggung, dan tangan kiri dan tangan kanan saya menjadi lemah. Waktu itu saya tahu ini adalah tanda-tanda serangan jantung. Saya segera menelefon 911 dan ambulans sampai. Ujar Briatney

Briatney Beri Amaran Jangan Ikut Trend

Apa yang menimpa dirinya membuatkan Briatney ingin memberi amaran kepada orang ramai, agar tidak menjadi seperti dirinya yang berani mencuba apa saja tanpa mempersoalkan perkara tersebut benar-benar bagus atau tidak.

@brivtny

Putting this out there so yall dont do what I did because Im the type of person to try anything and everything I see here w/o questioning it #fyp?

? Be A Clown ?? ??? Osuna ??????

Jadi kamu semua jangan ikuti apa yang saya buat kerana saya jenis yang suka mencuba apa saja yang saya lihat, tanpa mempersoalkan ia. Jelas Briatney di akaun TikToknya.

Jadi bagi orang ramai yang ingin mencuba sebarang trik kesihatan yang viral di mana-mana platforms sosial media, semak dulu sama ada ianya betul bagus untuk kesihatan atau tidak. Jika tidak kes seperti Briatney ini akan berulang lagi.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini.



SUMBER : murai.my



Live Website Traffic


loading...