EdisiViral.Com Search Guest Post Login

3 Mitos Tentang Wanita Dan Kerjaya

0 month ago, 12-Sep-2019

Jangan percaya gembar-gembur ini! Nasihat ini akan bantu kamu dari semasa ke semasa.

3 Mitos Tentang Wanita Dan Kerjaya

Foto: Depositphotos

Mitos 1: Lelaki dan wanita sama taraf dalam kerjaya

Kebenaran: Sejauh mana kaum wanita pergi, kita hanya dapat 82 sen untuk setiap 1 ringgit yang kaum lelaki dapat. Begini caranya untuk kamu mencapai kejayaan: 1. Promosikan diri sendiri. Orang lelaki selalu bercerita tentang pencapaian mereka. Jika para wanita lakukan yang sama, kita akan dilihat sebagai pekerja yang berharga. 2. Minta gaji yang setimpal supaya kamu dibayar sama banyak dengan seorang lelaki. 3. Cara berpakaian juga penting supaya kamu dipandang serius di pejabat. 4. Jangan biarkan sesiapa fikir kamu tak akan kembali berkerja selepas melahirkan anak. Rebut projek yang terbaik; jika kamu berpuas hati dengan pekerjaan kamu, berkemungkinan besar kamu mahu kembali berkerja selepas mempunyai anak.

Mitos 2: Wanita berhenti berkerja bila mempunyai anak atas kehendak sendiri

Kebenaran: Sebab sebenar ramai wanita berhenti berkerja adalah bila melahirkan anak, mereka terpaksa menghadapi realiti yang suami mereka tak mahu berkongsi beban di rumah dan majikan yang tidak boleh bertolak ansur walaupun sedikit. Oleh sebab itu mereka merasakan tidak mempunyai pilihan dan terpaksa berhenti. Jadi sebelum mempunyai anak, ambil tahu apa yang bos kamu mahukan dan capainya sehebat mungkin. Cari cara untuk buktikan pencapaian kamu. Ini akan bantu kamu dapat fleksibiliti yang diperlukan bila kamu mula berkeluarga.

Mitos 3: Kerjaya suami lebih penting daripada kerjaya kamu

Kebenaran: Mungkin suami berperanan sebagai pencari nafkah, tapi sekarang lebih ramai wanita yang berpendapatan lebih tinggi dari suami mereka. Jadi jangan beranggapan kamu perlu kurangkan berkerja bila melahirkan anak. Masuk akal jika suami kamu mahu kamu teruskan berkerja. Kajian mendapati wanita yang berkerja juga cenderung untuk tidak murung. Kerjaya kamu juga merupakan hadiah untuk dia: Mana tahu dia mahu bina syarikat sendiri atau tukar kerja, pendapatan kamu boleh bantu dia capai impian dia. Kalau dia dibuang kerja? Pasti kamu berdua lega kamu masih berkerja.


SUMBER : cosmopolitan.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com