EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

7 Minyak Wangi Citrus Ini Sangat Menenangkan Jiwa Bila Pakai

0 month ago, 06-Apr-2021

Segarnya bau, rasa tenang jiwa bila tercium bau minyak wangi citrus ini, apatah lagi baunya juga tidak terlalu berat seperti minyak wangi campuran lain.

Wanginya bau aroma citrus, bukan saja ia dapat berikan rasa segar tetapi juga dapat buatkan fikiran dan jiwa menjadi tenang tatkala mencium bau aroma tersebut.

Bagi wanita yang gemar memakai wangian bersumberkan bauan citrus, penulis ingin kongsikan beberapa jenis wangian citrus yang sesuai untuk kamu pakai sama ada secara harian atau untuk menghadiri majlis.

Versage Dylan Blue Pour Femme Eau De Parfum

Foto Sephora

Jika kamu seorang yang gemarkan bau-bauan segar dari buah blackcurrent dan buah epal granny smith, maka kamu pasti suka akan jatuh cinta dengan wangian dari Versage ini.

Apatah lagi, kombinasi bauan buah-buahan segar ini juga disatukan dengan aroma bunga ros yang beraneka jenis lalu menghasilkan satu aroma wangian yang cukup sensasi dan unik.

Harga: RM 497.00 [BELI]

Fresh Citron De Vigne Eau De Parfum

Foto Pinterest

Bagi wanita yang sukakan bau-bauan citrus seperti buah limau purut, buah oren pahit, buah limau gedang bersama bunga neroli, serai dan juga daun teh jasmin, pasti akan meminati wangian yang satu ini.

Kombinasi unik ini memberikan bau wangian yang santai dan menenangkan fikiran, jiwa, serta sekaligus membuatkan diri rasa segar sepanjang hari.

Harga: RM415.00 [BELI]

Huda Beauty Kayali Citrus 08 Eau De Parfum

Foto Sephora

Jiwa kamu pasti seakan ditawan, jika tercium bau haruman kombinasi buah limau gedang, rhubarb, buah blackcurrent dan lada merah jambu (pink pepper).

Minyak wangi ini membuatkan diri kamu seolah diselubungi bau segar dan rasa tenang yang menusuk kalbu, semestinya aroma yang sesuai dipakai oleh wanita moden masa kini.

Harga: RM520.00 [BELI]

IKLAN

Dior Jadore Eau De Parfum

Foto Sephora

Bagi yang sukakan bau haruman flora dan citrus yang dikeluarkan dari bunga ylang-ylang, maka minyak wangi dari Dior ini pasti kena dengan citarasa kamu. Aroma wangian ini juga membuatkan diri kamu berasa sensual, dan dalam masa yang sama menyerlahkan berkeyakinan.

Harga: RM655.00 [BELI]

Guerlain Aqua Allegoria Granada Salvia Eau De Toilette

Foto Sephora

Tenang rasanya, bila diri dibaluti dengan aroma haruman citrus dari buah limau purut yang juga dikenali sebagai calabrian green gold ini.

Selain itu, wangian ini juga mempunyai kombinasi buah delima, buah lemon, dan daun sage, bau segar asli dari kombinasi ini menghasilkan wangian yang istimewa untuk wanita.

Harga: RM407.00 [BELI]

Coach Eau De Toilette Natural Spray

Foto Pinterest

Gabungan aroma buah peach bersama ros alba dan kayu cedar, menghasilkan kombinasi haruman unik yang cukup memikat hati wanita.

Harga: RM315.00 [BELI]

Chloe Nomade Absolu De Parfum

Foto Pinterest

Wangian yang satu ini pula, memberikan haruman buah cherry plum yang mengasyikkan bersama gabungan daun davana dan lumut pokok oak. Kombinasi yang kontra ini menghasilkan aroma yang cukup menarik, tidak berat dan tahan lama.

Harga: RM410.00 [BELI]

Semua aroma minyak wangi yang penulis senaraikan diatas berikan bau segar yang menenangkan jiwa raga si pemakai, dalam banyak-banyak wangian yang penulis nyatakan kamu berkenan dengan minyak wangi yang mana satu?

Selamat beramal?



SUMBER : wanista.com



Live Website Traffic


loading...