EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Abah bagi RM3. RM2.30 isi minyak. Meleleh air mata sebab baki 70sen tu je utk mkn. Makanan semua mahal kat kantin

0 month ago, 12-Jan-2021
save 2.0

Aku ingat lagi, dulu-dulu masa balik sekolah agama darjah 4 abah selalu bawa aku pergi pekan. Pergi kedai 4D.

Abah pesan tunggu dekat motor, jangan pergi mana-mana. Kalau nombor abah naik dapat makan sedap sedap. Kadang-kadang abah minta kami tulis nombor apa nak beli.

Masa tu aku tak tahu kedai sports toto tu kedai judi. Jadi aku selalu bersemangat nak bagi abah nombor.

Sampailah satu hari maksu datang rumah, aku pun dengan semangatnya bagi abah nombor baru.

Merah muka abah menahan malu depan maksu. Start dari situ baru aku tahu oh berdosa.

Dengan mak sekali dibebelkannya. Padahal mak awal awal dah sembahyang tepat bila masuk waktunya.

Puasa? Abah kata abah gastrik. Tak boleh puasa sebab abah sakit. Abah uzur. Tapi yang aku pelik sangat waktu sahur abah bangun.

Waktu berbuka pun abah lah paling garang sekali pantang anak bergurau sikit dijerkahnya depan rezeki.

Maati selera orang yang puasa ni. Macam abah lapar tak makan satu hari padahal tengahari abah siap goreng telur makan nasi.

Bulan puasa abah bukan kerja pun. Tapi abah punya penat tu sampai tidur satu hari. Aku hairan dan sangat hairan. Aku tanya mak, tapi mak diam aje.

Jadinya, aku tak beli pape pun kat kantin sebab air pun dah seringgit segelas. Tapi aku tak sedih sangat tak dapat beli pape masa rehat sebab pagi pagi tu lagi aku dah sedih.

Menangis atas moto masa otw ke sekolah. Aku tengah pakai kasut sekolah, aku salam abah. Aku kata abah minyak moto dah kering ni.

Abah bagi RM3. Aku senyum pahit sebab tahu dah aku tak makan lah nampaknya harini. Tak lama pastu pakteh datang minta duit sebab nak mengopi dulu sebelum pergi kerja.

Abah bagi dia RM10. Bertakung air mata aku. Tapi cepat cepat aku start motor pergi sekolah.

Pakteh hari hari datang minta duit. Sarapan pagi, waktu malam sebelum pergi melepak.

Pang, kena penampar aku haritu. Abah kata itu amal jariah dia bersedekah kena dulukan adik beradik. Oh yelah abah, aku lupa aku ni anak buluh betong.

Lepas tu aku nekad, aku kena belajar rajin rajin supaya aku tak perlu pinjam duit abah lagi.

Spm aku skor, stpm pun aku skor. Alhamdulillah dapat masuk u, kerja dah sekarang.

Tapi masa aku kejar cita cita aku lupa adik adik aku pulak kena menghadap benda yang sama macam aku dah rasa dulu.

Lepas aku kerja, aku kahwin dan suami bawa aku duduk jauh dari keluarga. Aku plan satu satu, mula mula aku bawak adik aku yang nombor 6.

Masuk tahun ni dah 3 tahun lah adik aku terima rawatan dan dah 2 kali kena operate buang ketumbuhan tu.

Next November nak kena ct scan lagi sekali nak tengok sel kanser tu masih ada lagi atau tak atau merebak kat area lain pulak. Then tunggu doktor nak proceed for chemo atau apa nanti.

Guess what, sepanjang adik aku duduk sini ulang alik ke hospital, tak pernah pun abah kirim apa apa untuk rawatan adik.

Kanser ni ubat dia mahal nak operate ct scan semua mahal. Aku bayar je semua even balance gaji aku bulan bulan cukup untuk isi minyak je.

(aku ada komitmen hutang ptptn, hutang masters, kereta, simpanan laki bini dan bagi duit kat mak.)

Syukur alhamdulillah, adik aku yang nombor 5 dapat masuk u baru baru ni. Masa dia nak apply upu haritu aku dah pesan siap siap kalau boleh apply dekat dengan aku.

Sebab nanti aku boleh uruskan pendaftaran dia apa semua. Lagipun aku ambik iktibar awal tahun haritu dia dapat 2 interview dari uitm.

And guess what, abah tak tanya pun camne dia nak pergi interview tu.

End up, adik aku menangis pagi interview tu sebab tak dapat pergi. Gitulah, dia tak jiwa kental cam aku.

Dia ni lembut sikit. And sekarang ni the same thing happen, sesen pun takdak hulur untuk adik aku tu masuk u.

Syukur pada Allah sebab kurniakan aku suami yang baik hati dan sangat berbudi pekerti. Ambil berat pasal adik adik aku dan tak pernah sekali kata apa apa pasal abah.

Bila balik kampung tak pernah pun lagi suami tak hulur duit dekat abah. Layan mak abah macam mak abah dia sendiri.

Entah, aku rasa ni berkat doa mak kot. Mak selalu kata, mak harap anak anak perempuan mak dapat suami baik dan bertanggungjawab. Aku dah nampak apa kesannya bila berumahtangga tanpa ilmu.

Sekarang ni aku selalu berdoa supaya Allah pandu aku dan suami dalam alam rumahtangga kami.

Aku serik aku taknak benda yang sama berlaku dalam rumahtangga aku. Semoga Allah bagi hidayah pada aku dan juga pada abah. Aamiin.



SUMBER : kuasaviral.com



Live Website Traffic


loading...