EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

ABAH MINTA MAAF, JAGA DIRI SEMUA

0 month ago, 21-Nov-2020

IPOH: Tolong doa dan terus solat hajat. Abah minta maaf. Jaga diri semua.

Itu pesanan terakhir seorang pesakit COVID-19, Ahmad Mohamad Talib, 58, sebelum menghembuskan nafas terakhir di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) kelmarin.

Nota terakhir yang ditulis di atas dua helai kertas dan ditujukan kepada isteri dan anak-anaknya itu tular di media sosial.

Anaknya, Syafiqa Humairak, 32, yang berkongsi gambar nota terakhir itu di laman Facebook miliknya berkata, mereka sekeluarga tidak dibenarkan menyimpan kertas yang mengandungi pesanan bapa kerana dikhuatiri mengandungi virus COVID-19.

Abah menghidap penyakit buah pinggang dan disahkan positif COVID-19 Khamis minggu lalu, dan dihantar ke hospital untuk dikuarantin dan rawatan selanjutnya.

Namun tiada sebarang perkembangan positif selepas dimasukkan ke hospital, malah keadaannya bertambah teruk dan doktor memutuskan supaya abah dikomakan, Isnin lalu.

Abah menulis nota itu sebelum dikomakan, dan dia tidak mampu bercakap.

Namun, kami sempat berhubung dengan panggilan video sebelum abah dikomakan, kata anaknya.

Menurut Syafiqa, semua ahli keluarga termasuk anak saudaranya yang berusia sebulan turut disahkan positif COVID-19, dan tidak berpeluang menghadiri majlis pengebumian bapanya.

Bagaimanapun, Syafiqa tidak dijangkiti virus berkenaan kerana dia tinggal di Pulau Pinang.

Hanya saya yang dibenarkan hadir ke majlis pengebumian dan saya sangat sedih kerana tidak dapat mencium abah buat kali terakhir.

Ujar Syafiqa, dia hanya mampu melihat jenazah arwah bapanya dari jauh sahaja ketika proses pengebumian sebagai mematuhi SOP mencegah penularan wabak tersebut.

Sehubungan itu katanya, masyarakat diminta sentiasa mengambil berat mengenai langkah keselamatan yang sudah ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).AlHijrah Online



SUMBER : alhijrahnews.com



Live Website Traffic


loading...