EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Abah Minta Maaf, Jaga Diri Semua Nota Terakhir Dari Abah

0 month ago, 21-Nov-2020

Tular di Facebook, seorang wanita telah berkongsi pesanan terakhir yang ditinggalkan oleh arwah bapnyaa sebelum meninggal dunia pada18 November lalu akibat Covid-19.

Maafkan Abah, jaga diri semua

Di atas sekeping kertas, arwah bapanya memohon supaya terus berdoa dan melakukan solat hajat. Tambah menyedihkan apabila arwah sempat memohon maaf dan berpesan supaya semua menjaga diri.

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah alhamdulillah. Selesai sudah semua urusan pengebumian abah pagi tadi. Alhamdulillah sempat sampai dan jadi wakil keluarga tengok abah disimpan walaupun dari jauh. Alhamdulillah semua urusan pun Allah mudahkan. Semoga Allah ampunkan abah, beri kelapangan pada abah, dilepaskan dari siksa kubur, dimasukkan di kalangan orang-orang beriman.

Nota ini yang paling terakhir sekali abah tinggal sebelum abah ditidurkan pada Isnin lepas. I cried everytime. Bagi sesiapa yang mengenali abah, sesiapa yang abah saya berhutang dengannya, mohon direct terus pada saya atau ahli keluarga yang lain. Doakan juga buat ahli keluarga saya yang lain yang masih lagi dirawat dan dipantau di Hospital Ipoh, semoga terus sihat dan selamat dari wabak ini InsyaAllah.

Covid-19 is not a joke

Covid 19 isnt a joke guys. Follow SOP dan jaga jarak. Jaga diri, jaga keluarga.

P/S: Btw cuma saya dan suami dan sorang anak menakan sahaja yang tidak dijangkiti. Dan saya bukan penyebab mereka dijangkiti. (Sebab berlegar-legar di ws kata saya punca).

Walau bagaimanapun, menurut laporan dari media tempatan, ahli keluarga tidak dibenarkan mengambil nota tersebut kerana dibimbangi dijangkiti virus.

Menceritakan dengan lebih lanjut, arwah bapa yang mempunyai masalah buah pinggang disahkan positif Covid-19 pada hari Khamis sebelum dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan. Namun selepas seminggu, arwah tidak menunjukkan perkembangan positif sebaliknya semakin membimbangkan.

“Abah Minta Maaf, Jaga Diri Semua” – Nota Terakhir Dari Abah Bawang Rangers.





Live Website Traffic


loading...