www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


DSV Minta Semua Berhenti Kecam Dan Maafkan Silap Aliff Syukri

0 month ago, 08-Nov-2018


Sehingga hari ini, insiden Datuk Seri Aliff Syukri tersalah cakap di GV5 masih lagi memberikan kesan yang mendalam terhadap netizen. Ramai pihak yang membuat teguran kepada beliau daripada rakan artis sehinggalah golongan profesional.

Berada dalam bidang perniagaan yang sama, Datuk Seri Vida yang turut terkesan dengan kontroversi yang melanda sahabatnya itu meminta agar Aliff tidak cepat melatah dan tenang menghadapi segala kecaman. Mental harus kuat apabila menjalani perniagaan.

Pada masa yang sama, DSV memohon agar netizen memaafkan tindakan Aliff kerana setiap manusia itu tidak sempurna dan pasti akan melakukan kesalahan.

DSV juga pernah melalui saat-saat sukar seperti Aliff terutama sekali ketika beliau dicemuh berkaitan dengan kes beliau dan Aishah semasa penjadi penaja GV4. Tentunya beliau faham dengan apa yang dilalui oleh rakannya itu sekarang. Apa-apa pun, harapnya apa yang berlaku kepada Aliff ini dapat dijadikan pengajaran agar perkara sama tidak berulang lagi.

Berita : mStar Online



Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts