www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


PM minta SPR kaji halang menteri berkempen waktu pejabat

0 month ago, 15-May-2019



PUTRAJAYA - Kerajaan akan berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkenaan sekatan terhadap menteri Kabinet untuk berkempen dalam pilihan raya ketika waktu bekerja, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Loading...
Beliau berkata, sekatan tersebut seolah-olah memberi peluang kepada parti lawan yang tidak mempunyai kerja untuk berkempen 24 jam, sedangkan menteri-menteri tidak boleh berkempen.

"Jadi mereka masa kerja mesti ada dalam pejabat, tak boleh berkempen, sedangkan lepas kerja pun menteri-menteri kerja juga sampai pukul 10 malam kerja," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) di sini hari ini.

Mahathir berkata, semasa Pilihan Raya kecil (PPRK) Cameron Highlands pada tahun lepas, beliau juga tidak dibenarkan menggunakan kemudahan kerajaan termasuk kereta dan kapal terbang.

"Semasa saya berkempen di Cameron Highlands, saya kena sewa helikopter swasta untuk ke tempat itu dan kereta milik saya sendiri terpaksa bawa ke sana untuk saya dari lapangan terbang ke tempat berkempen balik pun macam itu juga," katanya. - Bernama




Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts