EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Minta anak jaga ibu baik2, pesan pesakit Covid-19 sebelum pergi buat doktor menangis

0 month ago, 25-Mar-2020

Sejak Covid-19 menyerang negara kita, lebih seribu orang telah disahkan positif. Hari ini sahaja, sudah 19 kematian direkodkan dan sebahagian besar merupakan mereka yang dikategorikan sebagai warga emas.

Paling menyedihkan apabila jenazah mereka tidak dapat diziarahi oleh ahli keluarga dan juga sanak-saudara berikutan bimbang jangkitan tersebut menular kepada orang sekeliling.

Pelbagai cerita sedih dapat dibaca di media sosial terutamanya mengenai pesakit dan barisan frontliner.

Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang doktor, Hana Hadzrami yang menjadi frontliner untuk Covid-19, dia telah menceritakan situasi sebak mengenai salah seorang pesakit positif Covid-19 yang meninggal dunia beberapa hari yang lalu.

Menurutnya, situasi itu berlaku apabila pesakit tersebut dalam keadaan lemah sebelum dibawa masuk ke ICU meminta untuk menelefon anak bagi memesan agar membawa isterinya melakukan pemeriksaan susulan selepas ini.

Dalam perbualan tersebut, lelaki warga emas itu berkali-kali memesan perkara tersebut barangkali isterinya mempunyai penyakit kronik. Selepas itu, barulah dia memberitahu akaun bank, nombor pin dan segala maklumat peribadi kepada anaknya.

Dia yang menyedari keadaannya yang lemah dan seakan membayangkan dirinya akan pergi tidak lama lagi. Selepas selesai menelefon anaknya, barulah dia dibawa ke ICU dan kondisinya semakin lemah selepas itu.

Menurut doktor tersebut, mereka yang berada di tempat itu tidak dapat menahan sebak dan masing-masing bergenang air mata memikirkan betapa sayangnya suami itu terhadap isterinya walaupun sudah dihujung nyawa.

Sehubungan dengan itu, menerusi perkongsian yang dibuat, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang pelbagai terhadap posting sayu yang dibuat oleh doktor Hana.

Bukan itu sahaja, mereka juga mengakui betapa prihatinnya lelaki itu yang masih mementingkan kesihatan isteri tercinta walaupun dirinya dalam keadaan lemah dan sedang bertarung dengan kematian.

: Hana Hadzrami


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...