EdisiViral.Com Search Guest Post Login

30 minit duduk luar rumah, terpaksa panjat bumbung nak kejutkan adik yang tidur mat1

0 month ago, 10-Sep-2019

Sesetengah orang kalau dah dapat tidur memang susah nak sedar, sebab itulah adanya istillah tidur mat1. Jadi, memang menduga kesabaran kalau nak kejutkan orang yang susah nak bangun ini.

Begitulah yang terjadi dengan kisah adik beradik ini. Menerusi Twitter oleh seorang wanita dikenali sebagai Idakhirul, telah berkongsi kisah lucu terperangkap di luar rumah gara-gara si adik yang tidur mat1.

Ceritanya bermula apabila, Ida bersama adik-beradik baru pulang dan mahu memasuki rumah. Tetapi, mereka terpaksa menunggu selama 3o minit di luar oleh kerana adik lelakinya yang berada di dalam rumah tidak sedar kehadiran mereka.

Aku ada adik yg susah nak bangun tidur. Dan ini keputusan kiteorg setelah tunggu kat luar 30minit. Panjat bumbung bhai sebab nak kejut adik punya pasal!!!! pic.twitter.com/CiIdIV2Qmt

Ida. (@idakhirul) September 8, 2019

Oleh disebabkan, salah seorang daripada mereka terpaksa memanjat bumbung rumah semata-mata nak mengejutkan adik yang sedang tidur lena itu, sebelum mereka semua dapat masuk ke dalam rumah.

Bukannya tidak mencuba, sebenarnya Ida telah membuat sebanyak 21 kali panggilan kepada adik lelakinya, tetapi tidak berhasil juga menyedarkannya.

Geli hati melihat keletah adik-beradik itu, tweet yang kini mendapat hampir 30 ribu retweet telah menerima pelbagai reaksi dan komen daripada netizen.

: Ida Khirul




Live Website Traffic





www.edisiviral.com