EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Mimpi Jatuh Daripada Bangunan Tinggi, Apa Maksud Sebenarnya?

0 month ago, 12-Jan-2021
save 2.0

Tengah seronok tidur panjang, secara tiba-tiba terjaga daripada tidur disebabkan oleh mimpi yang mengejutkan. Kamu pernah bermimpi terjatuh daripada bangunan yang tinggi?

Jika teringat kembali, rasanya ia seperti berlaku dalam dunia realiti. Sudah semestinya apabila teringat kembali mimpi tersebut, kamu akan mula tertanya-tanya apakah maksud di sebalik mimpi itu.

Adakah ia satu petanda perkara buruk akan berlaku atau sebaliknya? Kalau kamu mahu tahu, teruskan membaca.

IKLAN

Kenapa Boleh Mimpi Sebegitu?

Mempunyai mimpi yang terjatuh daripada bangunan atau tempat yang tinggi boleh menjadi salah satu punca kepada asas fisiologi.

Ketika badan sedang nyenyak tidur dan sistem saraf mula tenang, tekanan darah kamu dan degupan jantung akan menurun dan menyebabkan pergeseran fisiologi tertidur dapat mencetuskan mimpi seperti jatuh daripada bangunan sehingga seseorang individu itu terjaga secara mengejut.

Foto Very Mind Well

Tetapi jika kamu sering bermimpi seperti ini, ia adalah simbolik pemikiran kepada individu tersebut mengenai situasi secara realiti di mana

Tetapi jika kamu sering bermimpi seperti ini, ia boleh menjadi simbolik kepada pemikiran inidvidu tersebut mengenai situasi dalam hidupnya yang sedang bangun, di mana dia berasa tidak terkawal dan terus rasa seperti terjatuh.

Maksud Sebalik Mimpi

Jika kamu bermimpi terjatuh daripada bangunan atau tempat yang tinggi, kebiasaannya ia membawa maksud kepada kebimbangan. Boleh jadi individu yang bermimpi ini sebenarnya bimbang tentang kerjaya, kemampuan peribadi, harta atau status.

Foto Pinterest

Tidak semestinya mimpi ini boleh menjadi kebimbangan, tetapi ia juga boleh membawa maksud kepada kemunduran, kerugian atau kemalangan.

Jika kamu kerap bermimpi seperti ini, ia mungkin menjadi petunjuk kepada masalah kesihatan secara tidak langsung. Kadangkala ia boleh menunjukkan kepada simptom clonospasm otot sementara ketika sedang tidur dan membuatkan isyarat tindak balas fizikal dihantar ke otak dan menyebabkan mimpi terbentuk.

Trik Elakkan Mimpi Sebegitu

Mimpi terjatuh daripada bangunan atau tempat tinggi, kamu boleh elakkannya dengan melakukan beberapa perkara ini.

IKLAN

Foto Architecture Art Designs

Sebelum kamu tidur, pastikan persekitaran, tempat tidur, pakaian dan pengudaraan membuatkan kamu selesa dan berasa selamat. Kemudian ketika berada dan baring, cuba selesakan diri dalam posisi kesukaan kamu.

Foto Medical News Today

Imbas kembali momen-momen yang membuatkan kamu gembira untuk melupakan segala masalah yang terjadi pada hari tersebut dan niatkan dalam diri untuk tidak bermimpi seperti itu lagi semasa tidur.

Mimpi terjatuh daripada bangunan atau tempat tinggi ini adalah universal. Secara virtual, setiap orang pernah mengalami mimpi yang sama ada sejurus selepas terlelap mata, pertengahan tidur mahupun hampir di penghujung tidur.

RUJUKAN: 1, 2, 3, 4



SUMBER : wanista.com



Live Website Traffic


loading...