EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

#MCO Miley Cyrus Anjur Live Show Di Instagram!

2 month ago, 27-Mar-2020

Perintah Kawalan Pergerakan a.k.a MCO memang buatkan kamu resah, sedih, rasa terkongkong, bosan dan macam-macam lagi kan? Sampai dah tak tahu apa nak buat.

Demi memastikan peminat kesayangan tak bosan di rumah, beberapa selebriti Malaysia dan juga Hollywood kerap anjurkan aktiviti live do Instagram. Begitu juga Miley Cyrus. Mengakui mengalami serangan panik dan keresahan kerana virus covid-19 yang semakin menular, Miley tampil dengan live show bernama Bright Minded!

Bright Minded menampilkan Miley sebagai moderator dan menjemput rakan-rakan selebriti terkenal untuk bersiaran bersamanya. Memang layan. Episod pertama yang bermula seminggu yang lalu menampilkan seorang doktor psikiatri, Dr Amen dan mereka bincangkan isu kesihatan mental.

Mendapat sambutan hangat, Miley meneruskan dengan episod kedua bersama Demi Lovato. Menariknya, Miley dan Demi sebelum ini memang bergaduh dan mereka telah berbaik semula dan berborak tentang karier, kesihatan mental dan topik body shaming.

Antara selebriti lain yang telah bersama bersiaran dengan Miley dalam Bright Minded ini ialah Dua Lipa, Reese Witherspoon, Bebe Rexha, Antoni, Hailey Bieber, Emily Osment, Amy Schumer, Rita Ora, Hillary Duff dan ramai lagi.

Cosmo memang tak lepaskan peluang menonton IG LIVE Bright Minded walaupun waktu siaran adalah pada waktu lewat malam di Malaysia. Untuk kamu yang tak mahu lepaskan peluang, boleh check out Instagram Miley untuk jadual episod seterusnya. Apa-apapun jangan lupa #WashYourHands dan #StayAtHome


SUMBER : cosmopolitan.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...