EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Atok miang ditahan

0 month ago, 11-Jul-2019



LELAKI warga emas yang disyaki melakukan gangguan seksual dan mencabul kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang tular di laman sosial Facebook ditahan polis semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri Sembilan, Wan Rukman Wan Hassan berkata, pemandu lori berusia 65 tahun itu ditahan di Lebuhraya Utara Selatan dekat Gopeng, Perak 9.20 malam tadi.

Beliau berkata, sepasukan polis yang menjalankan siasatan berjaya mengesan suspek yang dalam perjalanan ke Padang Besar, Perlis, untuk menghantar barang lalu memintas kenderaan dan menahannya.

Katanya, penahanan itu susulan laporan dibuat ibu mangsa berusia 49 tahun selepas melihat video tular yang memaparkan anak perempuannya dipaksa melakukan kelucahan melampau oleh suspek di dalam kereta.

Wanita itu mendakwa mengenali suspek yang tinggal berhampiran kawasan perumahannya sejak beberapa bulan lalu.



Lelaki itu sering berkunjung ke premisnya dan rentetan itu suspek mula mengambil kesempatan terhadap mangsa.

Suspek memperdaya mangsa dengan mengajak keluar membeli alat tulis dan makanan ketika ketiadaan keluarga mangsa di rumah. Kejadian itu berlaku tiga kali Jun lalu.

Kali terakhir suspek membawa mangsa ke Bandar Seremban dan melakukan perbuatan kelucahan melampau serta mencabul mangsa di dalam kereta di kawasan parkir, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan hari ini.

Wan Rukman berkata, berdasarkan siasatan suspek merakam sendiri video perbuatannya terhadap mangsa sebelum ia tular.

Hasil penahanan suspek, polis merampas telefon bimbit yang dipercayai mengandungi video berkenaan selain telefon bimbit mangsa serta Proton Waja suspek, katanya.

Katanya, suspek direman enam hari bermula hari ini sehingga 15 Julai ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) dan Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Susulan penularan video perbuatan suspek yang berdurasi tiga minit 10 saat itu, Wan Rukman berkata, polis menerima 17 laporan daripada orang awam di beberapa negeri yang melahirkan rasa tidak puas hati terhadap perbuatan suspek.

Sementara itu, ditanya mengenai rakaman video sebuah kereta dibakar yang dikatakan milik suspek, Wan Rukman menafikan kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Julai 2019 @ 4:01 PM

#HarianMetro

SUMBER : penangkini.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com