www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


MH370 imbau tragedi MH653

0 month ago, 08-Dec-2018


gambar tragedi MH653


MASIH ingatkah kita akan serangan pengganas terhadap pesawat MH653 yang terhempas di Tanjung Kupang, Johor Bahru?

Bulan ini genap 41 tahun kisah tragis MH653 itu yang telah mengorbankan 100 penumpang termasuk anak kapal, meninggalkan memori hitam buat kita.

Pelbagai andaian dan teori dikupas berkaitan insiden yang menggemparkan dunia malah dikatakan bencana paling dahsyat dalam sejarah Malaysia sebelum kehilangan MH370.

Loading...


Memetik CNN, misteri kehilangan MH370 mengembalikan memori duka buat ahli keluarga mangsa Boeing 737-200.

Ruth Parr berkata, ketika kejadian itu, dia berusia 19 tahun telah kehilangan bapanya, Thomas dan penantian untuk mengetahui perkara sebenar masih di awang-awangan.

Ini kerana individu atau kumpulan pengganas yang menawan MH653 masih belum diketahui walaupun rakaman suara di dalam kokpit merakamkan segalanya yang berlaku termasuk bunyi tembakan yang membunuh kedua-dua juruterbang.

Bagi anggota keluarga penumpang, kehilangan MH370 telah mengembalikan luka lama yang masih belum sembuh.

"Memori ini akan tetap bersama sepanjang masa," kata Tom Sherrington, setelah kehilangan bapanya Richard, berada dalam MH653, kepada CNN.

Jelasnya, bagi mengubat kerinduan, dia dan ahli keluarga melawat memorial yang dibina berhampiran lokasi tragedi di bandar Tanjung Kupang.

Tom memberitahu CNN, keluarga penumpang MH370 perlu memberi tumpuan memperingati orang yang tersayang, reda dan tidak menyalahkan orang lain untuk di atas apa yang berlaku.

Kata Parr dan Tom, setiap orang ada cara tersendiri untuk mengubati kesedihan dan tiada jalan pintas untuk mengatasi perasaan itu.

Kami sudah biasa dan reda tetapi tidak akan melupakan tarikh 4 Disember 1977 ini," kata Parr kepada CNN.

Sementara itu, memetik portal edisimedia, pelbagai teori dicipta menerusi rampasan kapal terbang MH653.

Antaranya, rampasan pesawat itu didakwa dilakukan oleh tentera Jepun.

Bukan itu sahaja ia juga dilakukan oleh militan Vietnam setelah Singapura menahan tiga militan Vietnam berikutan rampasan kapal terbang DC3 Air Vietnam, sebelum kejadian rampasan itu.

Perampas mungkin bertujuan ingin membebaskan rakan mereka.

Namun segala teori itu sehingga kini timbul misteri dan persoalan dari ahli keluarga.

Mengimbau kembali detik-detik cemas insiden itu berlaku sekitar 7.21 malam pada 4 Disember 1977, pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) jenis Boeing 737 itu berlepas dari Pulau Pinang menuju ke Kuala Lumpur sebelum meneruskan penerbangan ke Singapura.

Setengah jam kemudian, pesawat berkenaan melalui Batu Arang dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (LTAS), Selangor.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba menara kawalan LTAS menerima makluman daripada juruterbang pesawat, Kapten G.K. Ganjoor bahawa terdapat situasi cemas berlaku dalam penerbangan itu kira-kira jam 7.54 malam.

Ketika pegawai petugas menara kawalan meminta penjelasan lanjut, juruterbang berkenaan segera membalas dengan menyampaikan satu makluman yang amat mengejutkan iaitu pesawat berkenaan dirampas oleh pihak yang kemudiannya mengakui diri mereka sebagai Japanese Red Army.

Setelah mengetahui perkara tersebut, pihak berkuasa LTAS segera mengosongkan laluan 33 bagi membolehkan pesawat tersebut mendarat dengan selamat.

Pesawat berkenaan terbang semakin rendah untuk mencecah landasan tetapi belum pun sempat ia menjejakkan roda, tiba-tiba kembali terbang tinggi meninggalkan daratan.

Ia menjadi tanda tanya tatkala melihat tindakan aneh juruterbang tetapi ketika itu jugalah menara kawalan kembali dimaklumkan juruterbang pesawat berkenaan bahawa mereka akan meneruskan penerbangan ke Singapura.

Menara Kawalan Paya Lebar di Singapura terus dimaklumkan mengenai situasi cemas di hadapi penerbangan MH653 itu dan mendapat kelulusan untuk mendarat segera diberikan pihak berkuasa negara tersebut.


Namun secara tiba-tiba, pesawat berkenaan terus hilang dari radar menara kawalan.

Segala usaha yang dilakukan untuk mengadakan hubungan radio bagi menghubungi pesawat berkenaan gagal dilakukan.

Kira-kira pukul 8.36 malam, pesawat yang membawa 93 penumpang dan tujuh krew penerbangan dilaporkan telah terhempaas di sebuah kawasan hutan paya bakau di Tanjung Kupang, Johor.

Hal ini diketahui setelah penduduk sekitar mendengar bunyi letupan kuat dari kawasan paya tersebut.
Tragedi ini menjadi tragedi kemalangan maut di udara pertama buat Malaysia.
 
-sinar harian


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts