EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Messi Tidak Pasti Jika Barcelona Serius Dapatkan Neymar Kembali

0 month ago, 12-Sep-2019

Bintang Barcelona, Lionel Messi berkata beliau tidak pasti jika kelab tersebut benar-benar berusaha untuk mendapatkan kembali Neymar dari Paris Saint-Germain (PSG) pada jendela perpindahan yang lalu.

Pemain antarabangsa Argentina itu juga secara terbuka mengakui beliau sememangnya senang jika Neymar kembali ke Nou Camp, namun turut menyedari ia bukannya perkara yang mudah untuk perpindahan tersebut untuk berlaku.

Lionel Messi ?????

If Neymar had came, the club would have made a big jump in terms of sponsors and image pic.twitter.com/49H4GFSPw1

VBET News (@VBETnews) September 12, 2019

Bercakap kepada Sports, Messi dipetik sebagai berkata:

Saya akan gembira jika Neymar [benar] kembali [ke Nou Camp]. Tetapi jujur, saya tidak tahu jika Barca telah melakukan yang terbaik untuk melakukan rundingan bersama PSG mengenai Neymar, ujar beliau.

Tetapi saya tidak kecewa. Kami mempunyai skuad yang cukup bagus untuk bersaing di semua pertandingan walaupun tanpa Ney.

Sepanjang tempoh jendela perpindahan lalu, nama Neymar adalah antara yang paling menjadi tumpuan untuk meninggalkan PSG, dengan La Liga sebagai destinasi pilihan.

Bintang Brazil itu berhijrah meninggalkan kelab Catalan itu dua tahun lalu dengan nilai rekod dunia 222 juta untuk menyertai PSG.

???? Messi: On a sporting level Neymar is one of the best in the world. And with him, on an image level and sponsors, the club would have made a leap. pic.twitter.com/0VrA1oU9mC

BaraTimes (@BarcaTimes) September 11, 2019

Neymar adalah salah seorang pemain terbaik dunia. Dengan kemampuan beliau dan nilai tajaan yang dibawa oleh beliau, bayangkan apa yang kelab [Barcelona] boleh perolehi, tambah Messi lagi.

Walaupun Neymar sendiri tidak menyembunyikan niat beliau untuk kembali ke Nou Camp, ironinya antara alasan beliau meninggalkan juara La Liga itu pada dua musim lalu ialah kerana mahu lari dari bayangan Messi.

Atau mungkinkah Neymar perlu lari dari bayangan beliau sendiri untuk mampu menampilkan potensi sebenar yang beliau miliki?


SUMBER : semuanyabola.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com