EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Mesra & manja dengan warden Cemburu, dipercayai jadi punca pelajar tahfiz maut dipukul

0 month ago, 09-Nov-2019

Susulan daripada berita kematian seorang pelajar sebuah pusat tahfiz di Lanchang, Temerloh, Mohammad Aimin Nurul Amin yang dipercayai maut akibat trauma pada dada dan abdomen disebabkan dipukul oleh permukaan atau objek tumpul.

Difahamkan, mangsa telah bergaduh dengan beberapa orang pelajar lain di pusat tahfiz tersebut, yang diuruskan oleh sepasang suami isteri.

Berdasarkan laporan media, pergaduhan tersebut berlaku akibat daripada sifat cemburu pelajar lain terhadap mangsa, kerana dia sangat manja dengan pasangan suami isteri yang merupakan warden dan pengasuh di tahfiz tersebut.

Mangsa yang merupakan pelajar paling muda di situ juga difahamkan agak mesra dan manja dengan pasangan tersebut sehingga dipercayai menimbulkan perasaan cemburu dalam kalangan pelajar lain yang membawa kepada pergaduhan

Setakat ini pihak polis telah menahan tiga pelajar pusat tahfiz berusia 13 tahun, bagi membantu siasatan kematian Mohammad Aimin di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Mohammad Aimin dikejarkan ke hospital oleh isteri warden pusat tahfiz tersebut, selepas mendapati mangsa tidak menunaikan solat Zuhur dan dilihat dalam keadaan lemah.

Mangsa yang dihantar ke pusat tahfiz tersebut bersama dengan abang tirinya. Pemeriksaan awal mendapati ada kesan lebam di badan mangsa.

Difahamkan, pusat tahfiz tersebut yang tidak berdaftar dengan abatan Agama Islam Pahang (JAIP), mempunyai 14 orang pelajar dan 4 orang tinggal di asrama termasuk mangsa, .

: Bernama

Komen


SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...