EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Meskipun Terpalit Kontroversi, Restoran Siakap Tular Tetap Diserbu Pelanggan

0 month ago, 26-Nov-2021

Meskipun terpalit dengan kontroversi tidak menyenangkan sebelum ini, restoran yang menjadi tular kerana hidangan siakap seberat 7 kilogram dijual dengan harga ribuan ringgit itu tetap diserbu pelanggan.

Restoran Terapung Sas Rimba yang berlokasi di Taman Geoforest Karst Kilim, Langkawi itu dilihat tidak terjejas dan masih beroperasi seperti biasa.

Advertisement

Hasil tinjauan sebuah media tempatan, rata-rata pelanggan mengetahui status restoran itu yang reputasinya sedikit terjejas berikutan kes tular ‘siakap kayangan’ sehingga menimbulkan kekecohan dalam kalangan warga maya.

Namun begitu,rata-rata pelanggan masih mahu menjamu selera di restoran berkenaan dan ingin melihat sendiri harga yang ditawarkan pihak restoran kepada mereka.

Saya dan keluarga datang ke sini sebab tahu tempat ini sudah tular dan kerana kami ingin melihat sendiri harga yang ditawarkan di restoran ini.

Ujar salah seorang pelanggan yang ditemubual Kosmo Online, mereka faham mengenai harga yang dikenakan kerana ikan yang dijual betul-betul segar diangkat daripada sangkar ikan.

Pekerja restoran turut maklumkan kepada kami agar melihat menu dan harga terlebih dahulu. Mereka juga tunjuk kami berat ikan yang ditimbang dan setelah bersetuju, barulah ikan akan dimasak.

Terdahulu, sekitar awal bulan lalu, kecoh di media sosial mengenai pengusaha sebuah restoran di Langkawi yang mengenakan harga melampau seperti yang didakwa pelanggan sehingga mereka terpaksa membayar kira-kira RM1,196 bagi seekor ikan siakap yang dianggarkan seberat 7kg.

4 hari lalu

Siakap Kayangan, Peniaga Bakal Didakwa Berikutan Gagal Lengkapkan Dokumen

Meskipun Terpalit Kontroversi, Restoran Siakap Tular Tetap Diserbu Pelanggan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





Live Website Traffic


loading...