EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Mesir penjarakan pemimpin utama Ikhwan Muslimin

0 month ago, 09-Apr-2021


Pemangku Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Mahmoud Ezzat dijatuhi hukuman penjara seumur hidup di Kaherah, Mesir selepas disabitkan kesalahan melakukan keganasan, lapor Al-Ahram.

Mahkamah Jenayah Kaherah pada Khamis menjatuhi hukuman terhadap Mahmoud Ezzat, pemangku mursyidul am Ikhwan Muslimin yang merupakan pengganas dengan hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan melakukan keganasan, kata laporan tersebut.

Ezzat ditahan pada Ogos 2020 di Kaherah, selepas hidup dalam buruan selama beberapa tahun.

Beliau didapati bersalah menghasut untuk melakukan pembunuhan dan memiliki bekalan senjata sewaktu pertempuran antara pendukung organisasi itu dan penunjuk perasaan di luar ibu pejabatnya pada 2013, kata sumber yang turut mengesahkan hukuman tersebut.

Pada 2015, Ezzat dijatuhi hukuman mandi tanpa kehadirannya di mahkamah, di samping turut menerima hukuman penjara selepas didapati bersalah mengarahkan pembunuhan anggota tentera dan pegawai kerajaan.

Beliau juga dituduh terlibat dalam pembunuhan pendakwa raya Hisham Barakat.

Hisham meninggal dunia di hospital selepas kenderaannya meletup dalam sebuah konvoi di Kaherah pada 2015.

Ikhwan Muslimin diharamkan pada 2013, beberapa bulan selepas junta tentera menjatuhkan pentadbiran Mohamed Morsi, yang merupakan aktivis gerakan itu.

Ditubuhkan pada 1928, Ikhwan Muslimin kemudiannya menjadi pembangkang utama kerajaan di Mesir.

Ezzat turut dilaporkan menyertai Ikhwan Muslimin pada 1960-an. Beliau pernah dipenjarakan semasa pentadbiran Gamal Abdel Nasser, Anwar Sadar dan Hosni Mubarak.



SUMBER : 1media.my



Live Website Traffic


loading...