EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Mesej Whatsapp Dibalas, Caprice Sahkan Ustaz Ebit Lew Dalam Keadaan Baik

0 month ago, 10-Jun-2021

Sejak beberapa hari lalu hangat di media sosial memperkatakan mengenai berita palsu mengenai kehilangan ustaz Ebit Lew yang ketika ini sedang menjalankan misi kemanusiaan di negara bergolak di Semenanjung Arab.

Semuanya gara-gara tiada perkongsian yang dilakukan beliau di semua platform media sosial miliknya sejak penghujung Mei lalu.

Namun tanda tanya orang ramai akhirnya terjawab apabila rapper dan usahawan Caprice mengesahkan Ustaz Ebit Lew sebenarnya dalam keadaan selamat.

Menerusi satu perkongsian di Instagramn, rapper tersebut turut berkongsi satu tangkap layar perbualan WhatsApp diantara dia bersama Ustaz Ebit sekali gus menafikan khabar angin tersebut.

Ustaz Ebit Lew OK gais!

Menerusi tangkap layar tersebut Ustaz Ebit turut meminta Caprice untuk mendoakan beliau disana.

Dalam pada itu Caprice atau nama betulnya Ariz Ramli turut mengingatkan orang ramai untuk berhenti dari menyebarkan berita palsu tersebut

Kepada yang DM Caprice atau share berita Ustaz Ebit Lew hilang, tolong berhenti kongsi. Alhamdulillah ustaz is OK tulisnya .



SUMBER : buzzkini.com



Live Website Traffic


loading...