EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Mereka dah lama putus, lagu tu hasil ciptaan mereka bersama Ibu Dayana

2 month ago, 12-Jul-2019

Kalau sebelum ini kecoh apabila Dayana Amerda, bekas peserta Idola Kecil 2 dikaitkan dengan lagu Sumpah ciptaan sepenuhnya Naim Daniel, kini timbul pula kenyataan baru daripada ibu Dayana yang mengatakan lagu tersebut merupakan lagu ciptaan bersama Dayana dan Naim.

Dayana Amerda yang sudah selamat berkahwin dengan pasangannya merupakan bekas kekasih kepada Naim Daniel.

Isu ini timbul apabila Naim mengulas tentang lirik lagunya yang ditujukan khas kepada insan yang pernah menghias hatinya namun berpisah atas sebab-sebab tertentu.

Walaupun tidak memberitahu siapakah gerangan gadis tersebut, ibu kepada Dayana telah memuat naik satu status di Instagram meluahkan perasaan marah terhadap netizen yang mengaitkan nama anaknya dengan individu yang disebut iaitu Naim Daniel.

Walaupun begitu, status yang dimuat naik oleh Aida telah dipadam selepas beberapa jam dimuat naik.

Namun sebentar tadi, ibu Dayana telah mengeluarkan kenyataan di status Instastory meluahkan ketidakpuasan hatinya kepada Naim yang telah mengeluarkan lagu tersebut tanpa keizinan Dayana, sedangkan lagu itu merupakan hasil ciptaan bersama anaknya, Dayana.

Menurut ibunya, selepas mereka berpisah, lagu tersebut tidak sepatutnya diterbitkan, atau seelok-eloknya meminta izin dari pihak mereka terlebih dahulu.

Anaknya juga sudah selamat melangsungkan perkahwinan dan mengecapi bahagia. Dayana didakwa akan mengeluarkan kenyataan rasmi tidak lama lagi untuk memperjelaskan situasi sebenar.

: AidaCloud

Komen


SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic





www.edisiviral.com