EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Mereka boleh menyebut tapi tidak boleh mengeja..Tahun 2021 Dijangka Ramai Murid Tahun 1 Buta Huruf

0 month ago, 19-Nov-2020

Akibat penularan Covid-19 di seluruh dunia sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada sistem pembelajaran negara. Oleh kerana sesi persekolahan telah terjejas teruk, ibu bapa perlu membiasakan diri dengan norma baharu dan memainkan langkah proaktif untuk turut sama mengajar anak-anak di rumah. Iya, mereka sudah pun ada kelas online bersama guru masing-masing tetapi ia mungkin tidak cukup untuk memastikan anak-anak tidak ketinggalan dalam pelajaran.

Menurut laporan sebuah akhbar, memetik kenyataan Pakar Psikologi Kanak-kanak Pusat Pembelajaran Berterusan Universiti Malaya (UMCCed), Datin Prof. Mariani Md Nor, murid tahun satu 2021 mungkin akan berdepan dengan masalah buta huruf apabila tidak dibimbing oleh guru dan ibu bapa dalam tempoh penutupan sekolah tahun ini.

Sebuah perkongsian menarik daripada Wawa Shauqi telah mendapat perhatian netizen bergelar ibu bapa di Facebook. Wawa ada kongsikan tentang apa yang mungkin ibu bapa boleh lakukan untuk mengurangkan masalah ini pada tahun hadapan.

“Dijangka ramai pelajar tahun 1 tahun 2021 buta huruf.”

Woh! Berdebar saya baca tajuk berita ni. Sebab saya antara ibu…

Posted by Wawa Shauqi onMonday, 16 November 2020

“Jangan panik kawan-kawan. Kita sekapal. Panik kalian mungkin adalah panik seorang ibu ayah yang ambil berat.”

Menurut Wawa, ibu bapa ada dua pilihan iaitu hanya mengeluh atau memilih untuk cipta peluang. Tindakan untuk menjadi guru sementara kepada anak-anak di rumah akan membolehkan ibu bapa kenali learning style anak masing-masing.

Wawa juga telah mencadangkan ibu bapa untuk mengikut langkah ini dalam masa sebulan untuk menilai cara anak-anak. Ingat ya, setiap anak lain caranya.

  1. Pastikan masalah kelewatan perkembangan anak sepanjang 6 tahun pertama anak telah diselesaikan. Ibu bapa perlulah rajin merujuk carta perkembangan anak 0 hingga 5 tahun pertama.

  2. Kurangkan gajet secara beransur-ansur kerana berlebihan screen time mungkin boleh menyebabkan anak-anak susah fokus.

  3. Beberapa bulan sebelum mula sesi persekolahan, ibu bapa perlu pastikan anak-anak sudah ada ASAS 3M iaitu membaca, mengira dan menulis.

  4. Ibu bapa perlu pastikan anak sudah ada asas komunikasi sosial yang baik.

  5. Anak sudah tahu urus diri ke tandas.

  6. Ibu bapa juga perlu latih anak-anak untuk mula tidur awal dan bangun awal untuk memastikan mereka dapat tidur yang cukup.

  7. Sentiasa biasakan anak-anak dengan buku.

  8. Ajar anak-anak tentang adab berkawan dan adab bersama guru.

  9. Ibu bapa juga perlu pastikan tidak terlalu menekan anak-anak tentang perihal sekolah untuk elakkan mereka terasa beban atau stress.

Menurut Wawa lagi, sepanjang menjadi guru sementara kepada anak-anak anggaplah ia satu peluang untuk bonding bersama mereka kerana bila habis PKP nanti mungkin cara bonding itu tidak akan sama.

 

Baca juga:

#Belanjawan2021: Pemberian Komputer Riba Kepada 150 Ribu Murid Sekolah

Cikgu Menyerupai Makhluk Asing Diminta Berhenti Kerja

 

 

 

 

: Facebook Wawa Shauqi

"Mereka boleh menyebut tapi tidak boleh mengeja.."Tahun 2021 Dijangka Ramai Murid Tahun 1 Buta Huruf first appeared on Kool FM.



SUMBER : koolfm.com.my



Live Website Traffic


loading...