EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Lang Merah janji aksi terbaik

0 month ago, 22-Jul-2019

KEKALAHAN 1-5 kepada FELDA United FC dalam aksi terakhir Liga Super diharap tidak menjejaskan persediaan Kedah untuk menghadap final Piala FA, Sabtu ini.

Pengendali skuad Lang Merah, Aidil Sharin Sahak berkata, beberapa kelemahan dipamer anak buahnya boleh diatasi dalam baki enam hari menjelang pertemuan dengan Perak.

"Kami mendapat pengajaran berguna malam ini (malam tadi) dan memperbaiki segala kelemahan secepat mungkin sebelum berdepan saingan Perak dalam aksi final (Piala FA) hujung minggu depan," katanya.

Mengulas kekalahan besar kepada FELDA United, malam tadi, Aidil Sharin berkata, beraksi dengan 10 pemain menyukarkan skuad kendaliannya itu memberi tekanan kepada tuan rumah.

Katanya, semangat juang tinggi barisan pemain The Fighters untuk memastikan mereka kekal dalam saingan Liga Super juga menyaksikan skuad kendaliannya gagal menyerap asakan FELDA United.

"Walaupun kami cuba bangkit dan meletakkan kedudukan 1-2 namun kurang seorang pemain sangat memberi kesan terhadap persembahan pasukan.

"Pada masa sama, kami melepaskan tiga gol yang sangat tidak dijangka pada penghujung perlawanan," katanya.


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com