EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Tak Mahu Menyusahkan Orang Lain, Janna Nick Sanggup Korbankan Kesihatan Diri

0 month ago, 26-Nov-2021

Aktres terkenal, Janna Nick khabarnya sanggup merisikokan diri dan meminta kebenaran doktor untuk keluar daripada wad hospital lebih awal kerana enggan menyusahkan pihak produksi drama yang dibintanginya.

Ujar Janna, dia tidak sampai hati membiarkan mereka yang terlibat dengan penggambaran terjejas kerana masalah kesihatan yang dialaminya itu.

Advertisement

Janna Nick

Tambahnya lagi, setelah mendapat kebenaran untuk keluar wad, dia terus bergegas ke lokasi penggambaran.

Kerja kita ini membabitkan banyak orang dan saya tidak sampai hati buat orang lain tertunggu. Jadi saya minta kebenaran untuk keluar lebih awal meskipun doktor beri cuti sakit selama 5 hingga 7 hari.

Kata pemilik nama Nurul Jannah Muner ini lagi, dia bukanlah seorang yang tidak waras kerana terlalu mementingkan kerja seperti yang disangka sesetengah orang di luar sana.

Mengetahui ramai peminat yang prihatin dengan keadaan kesihatannya, Janna menjelaskan apa yang terjadi pada saat ini adalah impat daripada kesan pandemik yang dihadapi sebelum ini.

Advertisement

Terdahulu, bekas pengacara Melodi ini telah dimasukkan ke hospital kerana menghidapi penyakit vertigo atau ketidakseimbangan dalam badan dan otak.

Dia kemudiannya ditahan dalam wad untuk pemantaun doktor selepas dirinya mengalami beberapa simptom seperti muntah berterusan dan berasa tidak stabil ketika berdiri.

Janna Nick
2 hari lalu

Janna Nick Masuk Hospital Kerana Menghidap Vertigo

Tak Mahu Menyusahkan Orang Lain, Janna Nick Sanggup Korbankan Kesihatan Diri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





Live Website Traffic


loading...