www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


'Rasa menyesal, sumpah aku takkan lalu jalan ini lagi' - Sepanjang perjalanan ternampak makhluk halus

0 month ago, 05-Dec-2018



Kisah laluan menakutkan sepanjang perjalanan di Felda Aring hari Jumaat lepas pada waktu malam. Post ini bukan untuk menakutkan sesiapa, tetapi berhati-hatilah. Fikir dulu sebelum membuat keputusan.

Selepas turun dari Cameron Highlands, ingat nak singgah ke Kota Bharu untuk makan Nasi Khou Mok. Tapi last minute, isteri batalkan dan buat keputusan untuk balik terus ke rumah.

Buka aplikasi maps, masukkan alamat rumah. Selepas itu jalanlah dengan hati yang gembira. Rasanya turun dari Cameron jam lima petang lebih kurang. Kemudian di sepanjang jalan itu kami melalui pemandangan bukit dan hutan.

Sampai di Gua Musang pada jam lapan malam, berhenti sekejap untuk mengisi perut. Perjalanan kemudian diteruskan tanpa mengetahui selok belok jalan yang maps tunjuk itu sebab ini pertama kali melalui jalan tersebut. Nampaklah papan tanda jalan ke Stasik Kenyir dan Kuala Berang.

Masuk saja ke jalan itu pada mulanya okey lagi. Bila suku perjalanan dah mula rasa pelik. Gelap! Memang gelap wei! Aku sendiri tak tahu apa yang ada di sebelah kanan dan kiri. Cuma tengok depan saja. Nak jumpa kereta lalu lalang memang tak ada langsung.

Malam itu, memang kabus tebal sangat. Selepas itu ada nampak lori treler dengan Toyota Hilux, hati jadi lega sedikit. Bila Hilux potong, aku terus follow. Gila apa nak ikut lori bawa dengan kelajuan 40 km/j. Tak semena-mena Hilux itu memecut. Adoi!

Jadi, aku perlahankan kereta sebab gelap. Aku berpandukan garisan putih di tengah-tengah jalan itu. Ada juga jalan yang tak ada garisan itu. Aku fokus dengan laluan sambil mendapkan muka di cermin. Hahaha!

Masa itu, Amirul Mukminin belum tidur. Bayangkan dia beritahu "Biey Fani main nge atu".. ""Fani atu".. berdiri bulu roma aku. Aku harap isteri aku tak dengar. Yes! Memang dia tak dengar sebab mungkin dia tengah berdoa agaknya pada masa itu. Jadi, aku suruh Mukminin cepat-cepat tidur.

Ada juga aku nak tengok ke belakang (tengok Fani) tapi aku memang tak berani nak tengok sebab terlalu gelap dan hilang fokus dan ketika inilah detik-detik menyeramkan berlaku. Aku ternampak biasan muka orang di cermin pandang belakang. Mengucap panjang aku!

Tengah-tengah drive aku fikir, takkan Mirul? Sebab dia dah tidur. Cahaya apa yang membuatkan aku nampak bayangan itu? Tak ada kereta yang lalu, bulan memang tak ada.


Jadi, aku tengok isteri, dia hanya diam membisu. Masa ini aku dah tahu dia takut. Jadi aku cuba menyapa dia. Fuh! Nasib baik dia okey lagi. Kalau salah jeling, memang aku bagi penampar la. Hahaha! Jadi, aku cuba ajak dia bersembang.

Sampai di satu tempat itu, kabus semakin tebal. Beberapa kali aku nampak bayangan seperti 'orang'. Aku tak tahu nak gambarkan macam mana. Jadi aku kuatkan diri aku dengan zikir dan surah kursi. Sepanjang perjalanan aku 'ternampak'.

Bayangkan dalam gelap aku masih lagi nampak bayangan hitam setinggi pokok kelapa. Bulu roma aku sentiasa menegak. Memang aku betul-betul nampak. Jadi aku tahu itu 'hantu raya'. Aku berdoa agar kereta aku tidak diikuti walaupun aku tahu ada yang terus mengekori.

Selepas itu aku perasan, aku tiba di laluan pokok sawit kot. Sekali lagi di sini aku ternampak sesuatu di atas pokok yang seakan ingin terbang. Sumpah aku tak menipu! Jadi, aku tersentak menekan brek tetapi aku cover lubang, takut isteri aku tahu.

Di satu selekoh itu, aku hampir terbabas kerana laluan seakan di sebelah kanan tetapi sebenarnya di sebelah kiri. Allahu. Allah melindungi kami sekeluarga. Masa ini jantung aku berdegup kencang, tetapi isteri masih belum perasan.

Dalam masa yang sama, aku fikir aku perlu kuat demi isteri dan anak-anak. Kalau aku tahu, memang sumpah aku tak lalu jalan ini. Sampai di satu tempat itu aku ternampak pondok pengawal. Ingat nak berhenti, nak suruh temankan tetapi aku tak berani sebab kawasan itu sunyi dan gelap, bimbang perkara lain pula yang berlaku.

Selepas itu, aku perasan di maps tepi jalan itu macam ada kawasan berair. Aku rasa pelik, takkan air kot? Aku cuba dekatkan muka dengan cermin, rupanya kawasan berbukit. Adoi! Masa ini memang aku memandu di tengah-tengah jalan berpandukan garisan putih. Menakutkan!

Laluan berlubang menambahkan lagi ketakutan dalam diri aku. Memang besar lubang itu. Memang jahanamlah setiap kali terlanggar aku tersentak. Mujur tayar semuanya okey.

Isteri aku pula ternampak ada sesuatu yang bertengek di tepi jalan dari jauh. Tapi bila lalu, isteri aku langsung tak pandang. Sepanjang jalan seperti diperhatikan. Bayangan pokok seperti orang, garisan putih ternampak seperti sosok tubuh seorang perempuan berambut panjang.

Kau agak-agak apa perasaan aku pada malam itu? Rasa menyesal seumur hidup, sumpah aku tak akan lalu lagi jalan ini.

Ni isteri tiba-tiba demam bila bercakap mengenai kejadian pada malam itu. Alhamdulillah kami semua selamat dengan izin Allah. Kereta pun tak meragam sepanjang laluan yang menakutkan itu. Kalaulah kereta buat hal, aku tak tahulah.

Keesokannya, aku bertanya pada kawan-kawan mengenai jalan itu. Mereka kata, "Berani kau lalu jalan itu di waktu malam. Dah la ada gajah,". Allahu, sekali lagi aku bersyukur pada Allah.

Perjalanan dua jam lebih yang menakutkan itu akan aku ingati sepanjang hayat aku hidup. Semua yang diceritakan berdasarkan apa yang aku dan isteri nampak. Tiada satu pun ayat ditokok tambah. Jadi berhati-hatilah semua. Kalau dapat target masa situ sampai malam, elok berehat saja di Gua Musang.

Ossasuke Hikaru

SUMBER : viralpurba.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts